minggu ni kitorang makan makanan kampung. bahan utama "cili padi", mana tak nye, dari hari ahad sampai hari ni semuanya ada bahan utama ni,,
hari ahad : sambal bilis petai cili padi + ikan goreng
isnin : singgang ikan + budu (lenyekk cili padi & hirisan bawang)
harini : ikan goreng + sambal belacan + kicap.
haaa, simple je kan? nak masak pun senang. dan sangat menyelerakan! Alhamdulillah..bertambah kitorang makan.
sesaje nak share "sambal belacan ecah". xguna lesung batu. blend je semua. heee~~
![]() |
inilah diaaaa Sambal Belacan Ecah :p |
---------------------------------------
bahan-bahannya :
-belacan 2cm
-3 batang lada merah
-12 biji cili padi
-air asam jawa (dalam suku cawan je)
-gula 1 sudu
-garam 1 susu kecil
-----------------------------------------
*masukkan semua bahan2 ni dalam blender, then terus blend. jangan lama sangat. sekejap2 je, bagi hancur sikit2.* dah siap!!! :)
*lagi best saya rasa letak tomato, tapi tak ada stok dalam peti pulak. so grab je apa yg ada~
*jangan LUPA, tambah perasa IKHLAS, & KASIH SAYANG. insyaALLAH lagiiii sedap! :D
senang je kan? penambah selera~ cubalah!