=================
mungkin banyak tujuannya, tetapi apa yang disarankan Rasululah s.a.w tujuan berkahwin adalah untuk MERAMAIKAN umatnya. agar lebih berkembang lagi islam dimuka bumi Allah ni.
selain itu, dengan berkahwin, dapat menjaga diri kita. Jauh dari kemaksiatan, jauh dari fitnah, baik lelaki mahupun wanita.
malah, yang lebih hebat lagi, dengan berkahwin, dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH s.w.t. bila berdua, insyaALLAH segalanya boleh dilakukan secara berjemaah. seperti solat bersama, makan bersama, dan mewujudkan sunnah Rasulullah s.a.w didalam rumahtangga. secara tak langsung, lebih mendekatkan diri kita dengan ALLAH.
cara memilih wanita (isteri)
didalam memilih pasangan, sabda Rasulullah s.a.w menyebut, "pilihlah wanita itu kerana empat perkara, iaitu, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya, dan kerana AGAMAnya"
kenapa saya tekankan agama didalam hadis tersebut, kerana, sabda Rasulullah s.a.w "pilihlah kerana agamanya, nescaya akan lapang kedua tanganmu". dengan memilih AGAMA,insyaALLAH, akan ALLAH berkati, dan secara tak langsung, kesemua ciri yang disebut tadi ada pada dirinya.
cantik. bukan sekadar luaran, cantik yang sebenar, adalah cantik akhlak dan hatinya.
kaya. bukan pada banyaknya harta, tetapi kaya ilmu, kefahaman agama, dan kaya budi.
cara memilih lelaki (suami)
sabda Rasulullah s.a.w "jika ada seseorang yang baik agamanya, yang datang meminangmu, terimalah dia"
kerana apa? bila ada pasangan yang baik, insyaALLAH akan wujud kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga. dengan baik agamanya, insyaALLAH akan mampu mendidik hati seorang isteri untuk menjadi isteri yang solehah, yang bertaqwa kepada ALLAH dan melahirkan zuriat yang baik.
suami dan isteri yang baik,
anak yang soleh dan solehah.
insyaALLAH diredhai ALLAH
dan bersatu hingga Jannah.
================
buat yang bakal berkahwin, atau yang sudah berkahwin, JELASkan niatnya, dan faham tugas yang akan digalas sebagai seorang suami/isteri. duhai saudaraku, perkahwinan jadikan ia jalan menuju REDHA ALLAH. sungguh ia adalah antara nikmat didunia ini, jangan disiakan peluang yang ada, sambutlah setiap ruang dengan pahala sebagai suami dan isteri.
barakallahufikum!! =)