Diri ini cuma insan biasa.
bukan yang tercantik,
bukan yang terhebat,
bukan yang terkaya,
mahupun yang terbaik.
kalau dulunya, mungkin banyak kesilapan yang saya buat. jauh tersasar dari asalnya.
tapi semua tu UJIAN. saya yakin. Allah menguji dengan apa yang saya KATA.
sedih. kesal. memang selalu ada. tapi satu, saya tak berhenti dari BERDOA. sebab ni sumber kekuatan saya.
disaat saya terduduk lemah, terluka dan kecewa. hanya Doa yang mampu saya zahirkan. perlahan-lahan segalanya akan berlalu pergi.
begitu juga disaat rasa gembira hadir, saya sedar ia nikmat dari ALLAH. yang seharusnya saya bersyukur. dikala ini juga saya berDoa.
*********************************
duhai saudaraku, Aku bukan ummul mukminin. diri ini TIDAK SEMPURNA.
jikalau kecantikan yang kamu mahu? carilah, tapi bukan aku. aku cuma makhluk ALLAH yang sempurna ciptaanNya.
jikalau kekayaan yang kamu cari? usahalah, tapi bukan aku. aku tidak mempunyai apa-apa, melainkan keyakinanku kepada ALLAH dan perasaanku yang ikhlas.
jikalau yang terbaik yang kau idamkan? pilihlah, tapi bukan aku. kerna pada aku terlalu banyak kelemahan dan kekuarangan. yang mungkin tidak mampu kamu bersabar dengannya.
************************************
Ummul mukminin, mereka adalah idolaku,
ketegasan mereka ada kelembutan,
dalam perjuangan mereka, cuma 1,
Redha ALLAH.
Ummul mukminin, mereka mendidikku,
bukan secara realiti mahupun alam maya,
dengan tercatatnya sejarah mereka,
bertapa hebatnya SERIKANDI ISLAM.
Ummul Mukminin, mereka muslimah hebat,
mereka Ahli syurga,
bersamanya ada kekasih Allah,
RASULULLAH S.A.W.
Ummul Mukminin, aku cemburu,
mahalnya harga dirimu.
cantiknya peribadimu,
tulus dan sucinya hatimu.
Ummul Mukminin, akan selaluku ingat,
Dunia ini hanya persinggahan.
disini tempatnya aku mengumpul bekalan,
untuk akhirat yang berkekalan.
dunia ini, adalah perhiasan,
sebaik-baik perhiasan,
WANITA SOLEHAH.
sem0ga kita,
terg0long diantara permata indah dunia.
*malu dengan ALLAH. malu dengan Rasulullah. malu dengan diri sendiri. Allahu Allah*