Saturday, 6 September 2014

kuew tiow ladna @ H0ng k0ng::simple & sedap!!!


selepas balik raya aidilfitri haritu, baru kelmarin berpeluang untuk balik jumpa dengan mak abah. alhamdulillah, dapat melepas rindu. langsung tak merancang untuk balik, ni lah namanya ketentuan Allah. memang terbaik!

semalam mak berbunyi "lama mak tak rasa masakan anak mak, dah lama betul adik tak masak, teringin nak rasa adik masak"

haha. ok. saya faham. terfikir2 nak masak apa.
mulanya mak cadangkan mee g0reng atau bihun goreng, tapi saya pula kurang gemar mee/bihun goreng.
nak masak nasi,mak kata dah jemu,hari2 makan nasi. last2 saya teringat kuew ti0w h0ngk0ng. ni antara feveret abah. mak pun suka. sebab banyak sayur.

okei, jum kita mula!!!

bahan-bahannya (7 0rang makan)

3bungkus kuewti0w
4biji telur (untuk h0ngk0ng)
500g isi ayam/daging (kedua2nya pun boleh)
500g udang/sot0ng (saya letak dua2)
1ikat sawi (suka sayur,boley letak byk)
1batang carr0t
1/2 k0bis bunga
1paket jagung kecil
5biji cili padi (nak pedas lagi boleh tambah)
1biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
garam & gula secukup rasa (kurang ajin0m0to, nak letak pun boleh.)
air.
tepung jagung (untuk h0ngk0ng)

^^^^^^^^^^^^^^^^^

cara-caranya

*kalau guna daging, rebus daging sampai empuk, (jangan buang air dia)
*kuew ti0w dibasuh dan ditos. kemudian pecahkan telur, dan gaul kuewti0w tadi bersama telur.
*panaskan minyak, kemudian ambil segenggam kuewtiow yang disalut telur dan goreng hingga kekuningan. siap diangkat. :)

1) potong dadu bwg besar dan bwg putih. tumiskan, sampai naik bau.
2) masukkan cili padi yg telah dipot0ng kecil.
3) kemudian, tambah 1gelas air, dan masukkan, ayam, udang yg dibuang kulit dan s0t0ng yg telah dibersihkan.

* jikalau daging, masukkan sedikit air daging kedalam tumisan.

4) bila, kesemua bahan tadi sudah mula masak,
5) masukkan sayur2an yg ada. dan letakkan garam& gula secukup rasa.
6) tambah air jika kurang kuah. masak sehingga mendidih.

*kalau kuew ti0w h0ngk0ng, letakkan 2sudu tepung jagung, yang dibancuh dgn stengah gelas air. kemudia masukkan kedalam kuah. masak seketika. kemudian boleh dihidang.

*beza kuewtiow ladna & hongkong ni, kuew tiow hongkong dia bersalut telur dan kuah dia campur dengan tepung jagung. kalau ladna, xperlu salut telur dan kuahnya tak letak tepung jagung.



^^^^^^^^

alhamdulillah, m0ga kalian juga boleh cuba. simple, berkhasiat dan cepat.

kata mereka sedap dan puas hati. syukur, rasa happy dapat happykan orang lain. yg penting resepi utama, ikhlas dan penuh kasih sayang. insya Allah apapun yg kita buat, terasa mudah.