Sunday, 7 September 2014

ziarah kubur wan.~

Ya Allah ampunilah doasa-dosanya, rahmatilah dia, dan maafkanlah kesalahan-kesalahannya.
----------------------------------------

Semalam teringin nak tengok gambar-gambar lama dalam laptop kak umi. Saya nak ambil sikit untuk saya sendiri simpan. Kenangan.

Dalam banyak-banyak gambar tu, ada yang buat saya ketawa, ada yang buat saya rasa rindu, rasa sedih. Lebih-lebih lagi bila saya tengok gambar arwah wan.

Perginya dia bertemu Sang Pencipta, pada 11 januari 2014. Hampir 8bulan. Terasa masih baru. Apatah lagi mereka yang masih baru kehilangan, bakal abah mertua saya juga kembali bertemu Sang Pencipta pada 18 julai 2014. Belum sampai 2bulan.

Kalau yang lama, saya rasakan masih baru. Yang baru, saya rasakan masih tak percaya. AllahuRabbi. Inilah ketentuan Allah. Inilah kehidupan.

"Kullu nafsin dzaa iqootul maut :: tiap yang hidup pasti merasai mati."

Kita juga bakal menyusuli mereka. Itu Pasti!

Tiap gambar wan, saya tengok bersama mak. Mak suarakan rasa hati. Bertapa dia rindu ibunya. Sama juga dengan khatib saya, bertapa dia rindu arwah abah. Mereka sangat akrab. Berat perasaan yang ada, hanya ALLAH yang tahu. Kata Allah, ujian yang paling berat, bila kita kehilangan orang tercinta. Ye. Memang benar. Hanya mereka yang melaluinya yang memahami. Allahu Akbar!

Mak kata “esok, jum kita ziarah arwah wan, alang-alang adik balik ni, jum kita ziarah”.

“nanti, mak juga kenangan. Mak juga akak pergi. Semua orang akan pergi”.  Allahu Allah L

Saya sangat sayangkan mak. 
Dunia akhirat~ moga kedua ibu bapa kita dimasukkan ke syurga. Amin.

--------------------------------------------

Pagi tadi, dengan izin Allah, kami pergi ziarah kubur wan.

sampai disana, saya terasa sayu. Entah kenapa. Cepat mak pergi kebangsal mengambil tikar untuk kami duduk. Abang ipar saya, memulakan bacaan dengan niat “kita sedekahkan yassin dan tahlil kita untuk arwah wan (hamidah binti deraman) dan juga abah (zulkafli bin omar), semoga rohnya dicucuri rahmat”.

Sepanjang bacaan, saya cuba menghayati. Dan perasaan saya, Allah~~ bagaimana nanti tiba saatku? Takutnya. Sebak. L

-----------------------------------------------

Saya mula rasa rindu pada wan, terbayang tiap waktu saya bersamanya. Dikala diakhir waktunya, ragamnya, kerenahnya. Masih saya ingat. Ada juga rasa kesal, kurangnya sabar dalam diri, adakalanya saya tak mahu melayan sikap dia. Sebak.

Bagaimana saat kita tua nanti? bagaimana pula pengakhirannya?

Ya Allah~ tetapkan kami dijalanMu, dan jagalah kami hingga akhir hidup kami~

---------------------------------------------------

“wan, moga wan selamat dialam sana. Saya rindu wan. Moga Allah merahmati wan, mengampuni segala dosa wan, dan tempatkan wan ditempat orang-orang yang beriman”

Dalam doaku jua, “moga abah, bersama mereka yang beriman, yang dikasihi Allah. Moga diampuni segala dosa, moga dirahmati Allah”.

Disini, kita masih belum bersua kenal dengan lebih mesra, harapanku moga nanti kita semua berkumpul, bersama dia akhirat sana. Saya sayang semua. Kerana ALLAH.~~

---------------------------------------------------

Kata abang ipar “untungnya wan, ada anak yang mendoakan. Kita masih belum pasti. Moga dapat anak yang soleh/solehah untuk mendoakan kita”

balas  mak “berbuat baik kepada orang tua, insyaALLAH Allah balas juga dengan kebaikan. Doa moga dapat anak yang soleh”

InsyaALLAH. Aamin~

----------------------------------------------------

damailah wan dialam sana, kami beransur pulang. “Assalammualaikum ya ahli Qubur”.

Satu saat nanti. Disini jua kita akan kembali. Masing-masing menuggu giliran. Yang tahu Cuma DIA.
Moga diakhiri hidup kita dengan Husnul Khotimah. Dengan lafaz terakhir LAA ILAA HA-ILLALLAH.



Saturday, 6 September 2014

kuew tiow ladna @ H0ng k0ng::simple & sedap!!!


selepas balik raya aidilfitri haritu, baru kelmarin berpeluang untuk balik jumpa dengan mak abah. alhamdulillah, dapat melepas rindu. langsung tak merancang untuk balik, ni lah namanya ketentuan Allah. memang terbaik!

semalam mak berbunyi "lama mak tak rasa masakan anak mak, dah lama betul adik tak masak, teringin nak rasa adik masak"

haha. ok. saya faham. terfikir2 nak masak apa.
mulanya mak cadangkan mee g0reng atau bihun goreng, tapi saya pula kurang gemar mee/bihun goreng.
nak masak nasi,mak kata dah jemu,hari2 makan nasi. last2 saya teringat kuew ti0w h0ngk0ng. ni antara feveret abah. mak pun suka. sebab banyak sayur.

okei, jum kita mula!!!

bahan-bahannya (7 0rang makan)

3bungkus kuewti0w
4biji telur (untuk h0ngk0ng)
500g isi ayam/daging (kedua2nya pun boleh)
500g udang/sot0ng (saya letak dua2)
1ikat sawi (suka sayur,boley letak byk)
1batang carr0t
1/2 k0bis bunga
1paket jagung kecil
5biji cili padi (nak pedas lagi boleh tambah)
1biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
garam & gula secukup rasa (kurang ajin0m0to, nak letak pun boleh.)
air.
tepung jagung (untuk h0ngk0ng)

^^^^^^^^^^^^^^^^^

cara-caranya

*kalau guna daging, rebus daging sampai empuk, (jangan buang air dia)
*kuew ti0w dibasuh dan ditos. kemudian pecahkan telur, dan gaul kuewti0w tadi bersama telur.
*panaskan minyak, kemudian ambil segenggam kuewtiow yang disalut telur dan goreng hingga kekuningan. siap diangkat. :)

1) potong dadu bwg besar dan bwg putih. tumiskan, sampai naik bau.
2) masukkan cili padi yg telah dipot0ng kecil.
3) kemudian, tambah 1gelas air, dan masukkan, ayam, udang yg dibuang kulit dan s0t0ng yg telah dibersihkan.

* jikalau daging, masukkan sedikit air daging kedalam tumisan.

4) bila, kesemua bahan tadi sudah mula masak,
5) masukkan sayur2an yg ada. dan letakkan garam& gula secukup rasa.
6) tambah air jika kurang kuah. masak sehingga mendidih.

*kalau kuew ti0w h0ngk0ng, letakkan 2sudu tepung jagung, yang dibancuh dgn stengah gelas air. kemudia masukkan kedalam kuah. masak seketika. kemudian boleh dihidang.

*beza kuewtiow ladna & hongkong ni, kuew tiow hongkong dia bersalut telur dan kuah dia campur dengan tepung jagung. kalau ladna, xperlu salut telur dan kuahnya tak letak tepung jagung.



^^^^^^^^

alhamdulillah, m0ga kalian juga boleh cuba. simple, berkhasiat dan cepat.

kata mereka sedap dan puas hati. syukur, rasa happy dapat happykan orang lain. yg penting resepi utama, ikhlas dan penuh kasih sayang. insya Allah apapun yg kita buat, terasa mudah.




poket kecil


kita jauh terpisah jasad.

tapi dekat dihati setiap saat.
moga-moga.

++++++++

sedang saya sibuk menguli adunan tepung karipap, saya teringat seseorang.
cepat saya menghantar whassap "jasad saya disini, tapi hati saya disana". 

dia membalas "hati awak ada dalam kocek"

saya tersenyum. then saya balas "dalam kocek? k..fine"

"hahahaha, saya bawa awak dalam kocek"

malas saya melayan. merajuk. 

+++++++++

saya tertanya, kenapa bukan dihati? kata kawan? kata sahabat? kata teman?

tapi kenapa bukan dihati? mahu saja saya bertanya kepada sahabat tadi. tapi malas untuk mempersoalkan.

dan..........

mungkin saya belum lagi yang terbaik untuk ditempatkan dihati seseorang. 
mungkin juga dihatinya sudah penuh dengan mereka2 yang teristimewa.

mungkin. ^_^

++++++++++

terasa kelakar, saya merajuk kerana hal ni. ok. saya tersenyum sendiri. 
tiba-tiba ada rasa untuk syukur, sekurang-kurangnya dia cuba menghargai, saya dibawa didalam poketnya.
biarpun ia cuma poket kecil. itu lebih baik, dari saya terus tiada dalam hidup dia. =)

dan-> yg Utama, biar saya ada disetiap DOA.

terima kasih awak! kita bertemu kerana ALLAH, kelak berpisah kita jua kerana ALLAH.
terima kasih sudi menerima kehadiran saya. biarpun saya tak sempurna.

#sedar tak sedar, ukhwah kita dah 2tahun 8bulan.Alhamdulillah~Moga ALLAH redha#

dalam p0ket pun poket la~~ tetap saya rindu selalu.
(^-^)

#ukhwah ini, hadiah dari Allah. tiada apa yg aku harapkan selain mardh0tillah. biarpun ada saja yg tak kena, tapi kita masih bersama. m0ga Allah jaga tiap ukhwah,semua yg aku sayang. 




Tuesday, 2 September 2014

kahwin

Alhamdulillah. hari ni saya nak kongsi sedikit tentang isu "kahwin".

=================

Tujuan kahwin?

mungkin banyak tujuannya, tetapi apa yang disarankan Rasululah s.a.w tujuan berkahwin adalah untuk MERAMAIKAN umatnya. agar lebih berkembang lagi islam dimuka bumi Allah ni.

selain itu, dengan berkahwin, dapat menjaga diri kita. Jauh dari kemaksiatan, jauh dari fitnah, baik lelaki mahupun wanita.

malah, yang lebih hebat lagi, dengan berkahwin, dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH s.w.t. bila berdua, insyaALLAH segalanya boleh dilakukan secara berjemaah. seperti solat bersama, makan bersama, dan mewujudkan sunnah Rasulullah s.a.w didalam rumahtangga. secara tak langsung, lebih mendekatkan diri kita dengan ALLAH.

cara memilih wanita (isteri)

didalam memilih pasangan, sabda Rasulullah s.a.w menyebut, "pilihlah wanita itu kerana empat perkara, iaitu, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya, dan kerana AGAMAnya" 

kenapa saya tekankan agama didalam hadis tersebut, kerana, sabda Rasulullah s.a.w "pilihlah kerana agamanya, nescaya akan lapang kedua tanganmu". dengan memilih AGAMA,insyaALLAH, akan ALLAH berkati, dan secara tak langsung, kesemua ciri yang disebut tadi ada pada dirinya.

cantik. bukan sekadar luaran, cantik yang sebenar, adalah cantik akhlak dan hatinya.
kaya. bukan pada banyaknya harta, tetapi kaya ilmu, kefahaman agama, dan kaya budi.

cara memilih lelaki (suami)

sabda Rasulullah s.a.w "jika ada seseorang yang baik agamanya, yang datang meminangmu, terimalah dia" 

kerana apa? bila ada pasangan yang baik, insyaALLAH akan wujud kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga. dengan baik agamanya, insyaALLAH akan mampu mendidik hati seorang isteri untuk menjadi isteri yang solehah, yang bertaqwa kepada ALLAH dan melahirkan zuriat yang baik.

suami dan isteri yang baik,
anak yang soleh dan solehah.
insyaALLAH diredhai ALLAH
dan bersatu hingga Jannah.

================

buat yang bakal berkahwin, atau yang sudah berkahwin, JELASkan niatnya, dan faham tugas yang akan digalas sebagai seorang suami/isteri. duhai saudaraku, perkahwinan jadikan ia jalan menuju REDHA ALLAH. sungguh ia adalah antara nikmat didunia ini, jangan disiakan peluang yang ada, sambutlah setiap ruang dengan pahala sebagai suami dan isteri.

barakallahufikum!! =)


Sambal Belacan Ecah :)

heeee, sengaja tambah "ecah" sebab saya yang buat :p

minggu ni kitorang makan makanan kampung. bahan utama "cili padi", mana tak nye, dari hari ahad sampai hari ni semuanya ada bahan utama ni,,

hari ahad : sambal bilis petai cili padi + ikan goreng

isnin : singgang ikan + budu (lenyekk cili padi & hirisan bawang)

harini : ikan goreng + sambal belacan + kicap.

haaa, simple je kan? nak masak pun senang. dan sangat menyelerakan! Alhamdulillah..bertambah kitorang makan.

sesaje nak share "sambal belacan ecah". xguna lesung batu. blend je semua. heee~~

inilah diaaaa Sambal Belacan Ecah :p

 ---------------------------------------
bahan-bahannya :

-belacan 2cm
-3 batang lada merah
-12 biji cili padi
-air asam jawa (dalam suku cawan je)
-gula 1 sudu
-garam 1 susu kecil
-----------------------------------------

*masukkan semua bahan2 ni dalam blender, then terus blend. jangan lama sangat. sekejap2 je, bagi hancur sikit2.* dah siap!!! :)

*lagi best saya rasa letak tomato, tapi tak ada stok dalam peti pulak. so grab je apa yg ada~

*jangan LUPA, tambah perasa IKHLAS, & KASIH SAYANG. insyaALLAH lagiiii sedap! :D

senang je kan? penambah selera~ cubalah!

aku bukan Ummul Mukminin

Diri ini cuma insan biasa. 
bukan yang tercantik, 
bukan yang terhebat, 
bukan yang terkaya, 
mahupun yang terbaik. 

kalau dulunya, mungkin banyak kesilapan yang saya buat. jauh tersasar dari asalnya.

tapi semua tu UJIAN. saya yakin. Allah menguji dengan apa yang saya KATA.

sedih. kesal. memang selalu ada. tapi satu, saya tak berhenti dari BERDOA. sebab ni sumber kekuatan saya.

disaat saya terduduk lemah, terluka dan kecewa. hanya Doa yang mampu saya zahirkan. perlahan-lahan segalanya akan berlalu pergi.

begitu juga disaat rasa gembira hadir, saya sedar ia nikmat dari ALLAH. yang seharusnya saya bersyukur. dikala ini juga saya berDoa.

*********************************

duhai saudaraku, Aku bukan ummul mukminin. diri ini TIDAK SEMPURNA.

jikalau kecantikan yang kamu mahu? carilah, tapi bukan aku. aku cuma makhluk ALLAH yang sempurna ciptaanNya.

jikalau kekayaan yang kamu cari? usahalah, tapi bukan aku. aku tidak mempunyai apa-apa, melainkan keyakinanku kepada ALLAH dan perasaanku yang ikhlas.

jikalau yang terbaik yang kau idamkan? pilihlah, tapi bukan aku. kerna pada aku terlalu banyak kelemahan dan kekuarangan. yang mungkin tidak mampu kamu bersabar dengannya.


************************************

Ummul mukminin, mereka adalah idolaku,
ketegasan mereka ada kelembutan,
dalam perjuangan mereka, cuma 1,
Redha ALLAH.

Ummul mukminin, mereka mendidikku,
bukan secara realiti mahupun alam maya,
dengan tercatatnya sejarah mereka,
bertapa hebatnya SERIKANDI ISLAM.

Ummul Mukminin, mereka muslimah hebat,
mereka Ahli syurga,
bersamanya ada kekasih Allah,
RASULULLAH S.A.W.

Ummul Mukminin, aku cemburu,
mahalnya harga dirimu.
cantiknya peribadimu,
tulus dan sucinya hatimu.

Ummul Mukminin, akan selaluku ingat,
Dunia ini hanya persinggahan.
disini tempatnya aku mengumpul bekalan,
untuk akhirat yang berkekalan.

dunia ini, adalah perhiasan,
sebaik-baik perhiasan,
WANITA SOLEHAH.
sem0ga kita,
terg0long diantara permata indah dunia.


*malu dengan ALLAH. malu dengan Rasulullah. malu dengan diri sendiri. Allahu Allah*