~bila niat dihati mahu berubah~
bercakap memang mudah "esok, aku nak solat awal waktu" "esok aku tak akan marah dan bersangka buruk" dan macam-macam lagi. Tapi untuk melaksanakan bukan semudah pengucapan. perlu ada JIHAD dalam diri. perlu ada semangat LAWAN nafsu. perlu ada SEMANGAT untuk betul-betul berubah. biar kata orang "jangan sekadar cakap kos0ng".
betul. memang susah. lebih-lebih lagi kita yang dah terbiasa dengan perangai dan sikap kita yang negatif. nak bertukar kepada positif serius perlukan KEKUATAN. dan macam mana nak dapatkan kekuatan? hanya dengan 1 cara, DOA. sebab, kekuatan adalah milik ALLAH. kadang-kadang kita rasa ragu-ragu dengan diri sendiri, "bolehke aku ni berubah? nanti cuma hangat-hangat tahi ayam je". semua ni cuma perasaan dari syaitan, yang menghalang kita untuk berubah kearah kebaikan. kita boleh. insyaALLAH kita boleh. macam saya kata tadi, kena DOA.
Dalam proses nak berubah, kita sendiri kena berusaha untuk mencari alternatif lain, macam saya sendiri,,saya cuba buat sesuatu yang simple. saya tak ambil banyak. biar sikit asalkan ISTIQAMAH. setiap pagi saya make sure, bangun dari tidur, saya ucap syukur. ALHAMDULILLAH. yang kedua,mindsetkan fikiran saya. KENA POSITIF. third, saya pastikan untuk SENYUM & CERIA. bila saya siap dengan 3 pekara ni, InsyaALLAH mood akan ok. dan saya, boleh slow2 ajar diri saya untuk berubah kepada yang lebih baik.
cara saya didik hati~ setiap hari, pastikan saya dengar 1 KULIYYAH atau MOTIVASI. mudah je. tak perlu pergi mana-mana, cuma download je diYouTube. :) then, saya akan cuba istiQamah buat apa yang saya mampu. contoh baca Al-Ma'thurat. kadang2, bila masih baru ni memang rasa liat sikit,kadang-kadang kita terlupa apa yang patut kita buat. so caranya, bila teringat TERUS BUAT. kalau tak, memang kita tak akan buat. sebab tu perlu ada JIHAD melawan nafsu, melawan sifat malas. perlu ada SEMANGAT yang tinggi mahu berubah. perlu ada KEYAKINAN yang Allah akan membantu dan PERCAYA pada diri, kita boleh.
kena ingat. SYAITAN sangat dengki dengan keturunan Nabi Adam (manusia). syaitan dah berjanji tidak akan berhenti walau sehari untuk menyesatkan manusia hingga hari kiamat. so, kita jangan mudah kalah dengan perasaan, jangan mudah kalah dengan rasa lemah dan malas.
Hari-hari lazimi dengan ISTIGHFAR. insyaALLAH mudah urusan kita. InsyaALLAH nanti akan ALLAH bantu. yang UTAMA niat kita. sayang-sayang semua, moga kita selalu berMUHASABAH. kita ni, hari-hari buat dosa, sama ada secara sedar atau tak.
sayang-sayangku, Jangan sia-siakan peluang hidup yang ALLAH bagi, kita tak tahu bila kita akan mati. Jangan bertangguh. tiada siapa boleh jamin untuk hari esok, bahkan setiap saat yang akan datang. untuk diri saya juga peringatan ni. kita manusia. memang tak sempurna, sebab tu kena selalu ingatkan diri, solat TAUBAT. sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun. selagi kita hidup, jangan pernah putus asa mendapatkan keampunan Allah. Jangan!! walau sekali.
untuk diri saya dan kalian, salam MUJAHADAH. moga ISTIQOMAH. tujuan kita MARDHOTILLAH, mahu menuju ke JANNAH.
ALLAHUMMAGHFIRLI ZANBI (Ya Allah, AMPUNkan dosa-dosaku)
WAWASSI'LI FII DAARI (dan LUASkanlah rumahku) kebahagiaan.
WABAARIKLI RIZKII (dan BERKATIlah rezkiku)
Allahumma Ameen. :)