Monday, 25 August 2014

Tik tok tik tok. Menghitung Hari, berakhirnya penantian

Alhamdulillah untuk sekian lama “kita” menanti. Akhirnya Allah izinkan, dan satu tarikh telah pun kita persetujui. Dihati ini cuma Allah yang tahu bertapa aku syukur dan terharu. Saat yang paling aku nanti2kan untuk hubungan “kita”. Sebak didada tanda gembira, doa dipanjatkan tanda syukur.


Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.

Kini, “kita” mula membuat persiapan. 3bulan lagi untuk menuju hari yang paling bermakna.  Disetiap langkah aku tak lupa sisipkan doa buat “kita”. Moga segalanya dipermudahkan ALLAH. Dan aku akui, tidak mudah untuk “kita” sampai ketahap ni. Segalanya Biiznillah. Tanpa izin DIA tak mungkin “kita” masih ada.

Terkenang semula disaat awal perkenalan, bayangan kenangan “kita” bermain diingatan. Aku tersenyum. “kita” yang dulu bukan “kita” yang sekarang. Kalau dulu, hala tujunya entah kemana, tiada tujuan. Tapi kini “kita” ada impian, matlamat dan tujuan. Bagi aku tujuan utamanya adalah mardhotillah. Ye. Mardhotillah. Aku mahu “kita” bersama bukan sekadar disini, tetapi disana. Di akhirat, hingga syurga.

Terlalu banyak yang mahu aku coretkan. Tetapi banyaknya yang bermain dilegar fikiran. Tak mampu aku luahkan disini. Tentang “kita” buatkan aku mengalirkan air mata dan tersenyum. Biarpun adakalanya “kita” sama2 merasa terluka, adakalanya “kita” sama2 merasa sakit, marah dan kecewa tapi adakalanya kita sangat bahagia. Semuanya adalah kenangan, pengajaran dan pengalaman buat “kita” berdua untuk melalui hari2 yang mendatang. InsyaALLAH.

Dari saat ini, aku mahu lebih fokus dengan amal dan ibadah. Persiapan sedikit sebanyak, Alhamdulillah telah dibuat. Aku menanti hari demi hari dengan doa dan tawakkal kepada Dia Sang Pencipta. Doakan aku. Doakan “kita”. Semoga penantian ini diberkati dan diredhai ALLAH.