Bismillah :)
Alhamduillah, masih lagi dipinjamkan nyawa oleh ALLAH.
hari-hari bila bangun tidur, saya niatkan dalam hati untuk BERUBAH. untuk jadi LEBIH BAIK dari semalam. InsyaAllah.
hari ni, saya tergerak untuk mencari fadhilat "Dhuha".
kalau sebelum ni yang saya tahu kalau nak rezki yang banyak, nak mudah urusan, solat Dhuha. tapi hari ni, saya tak rasa cukup sekadar tu. tentu ada sesuatu yang hebat dengan solat sunat Dhuha ni. so, saya buka youtube, Ustaz Azhar Idrus,dan Ustaz Ismail Kamus berkaitan dengan fadhilat solat sunat Dhuha.
antara ringkasan/ konklusi yang boleh dishare dengan apa yang saya faham :
ustaz Azhar Idrus : s0lat sunat Dhuha, ganjaran dia besar ALLAH bagi. iaitu, istana emas di Syurga dan bidadari yang cantik. kenapa bayarannya sangat mahal? sebab tidak ramai orang yang melakukannya. hanya dengan 2 rakaat. (5minit). Allah berikan ganjaran yang sangat hebat!
Ustaz Ismail Kamus : s0lat dhuha,1) kita buat sebagai tanda syukur diatas nikmat saraf yang Allah kurniakan kepada kita. 2) supaya diberkati rezeki kita 3) supaya Allah pelihara kita dari melakukan maksiat. bila menunaikan Dhuha, di akhirat kelak, ada syurga yang pintunya "Baabu Dhuha" iaitu pintu masuk syurga bagi solongan yang melakukan dhuha.
subhanallah. bila dengar kelebihan2 ni, rasa bersemangat. rasa bertapa banyak, bertapa besarnya nikmat Allah buat hamba-Nya. cuma 5MINIT sahaja (2rakaat).
kata Ustaz Sheikh Nuruddin, kadang2 perasaan yang semangat ni datang dari syaitan, hari ni kita bersemangat untuk beribadah, tpi, esok lusa kita mula lemah. kerana bisikan semangat yang ada dalam diri bukan dari ALLAH @ malaikat tetapi syaitan. sebab tu, biar bersederhana, biar sikit tetapi ISTIQAMAH.
semoga s0lat sunat Dhuha menjadi amalan kita semua hingga akhir nafas. InsyaALLAH.