Sunday, 31 August 2014

persiapan kahwin~

Alhamdulillah, yang sederhana itu lebih baik.
tak banyak yang kami belanja~ check it out~

1) baju kahwin perempuan & lelaki RM300. cuma sepasang. untuk nikah dan majlis. (makesure baju boleh pakai lagi, bukan untuk kahwin je. tak membazir)

2) mas kahwin RM=== (patutnya RM22.50 je, ikut negeri)@ terpulang kepada kemampuan lelaki.

3) doorgift, kami beli waffle paper bag je, 100pcs baru RM3.30 kot, dalamnya, kami letak gula2 + makanan ringan. untuk pihak lelaki kami tambah pulut wajib.

4) untuk barang hantaran, kami beli mengikut kemampuan, dan barang masing2 yang nak guna. so, bermanfaat. gubah sendiri je. not me. myAlong. :) dua2 pihak dia buat. jimat.

5) macam veil & tudung, guna shawl labuh, beli & buat sendiri jugak.:)

6) pelamin? tak ada. meja makan pengantin, ada.

7) menu jamuan? ni myparents yang urus. so i just follow~~

heeee~~ serius. JIMAT. tak MEMBAZIR. insyaALLAH.

islam itu mudah, kita yang menyusahkan. sampaikan banyak pembaziran berlaku. cuma SEHARI beribu duit habis. sayangnya~~ masih banyak kegunaan untuk hari2 akan datang. KAHWIN adalah permulaan sebuah perjalanan. masih jauh menuju jalan abadi. carilah keberkatan dari awalnya. moga Diredhai.

# m0ga sampai masanya nanti segalanya diberkati # doakan #




cerita Basi

past is past~~ yup. agree!!

it depends on HATI.

jangan difikir sesuatu yang dah Basi.
buangkan terus.
yang utama adalah SEKARANG.

hargai. belajar untuk REDHA.
ajar hati erti IKHLAS.
biar semua kerana ALLAH.

nanti, akan rasa tenang.
Hati pun senang.
kata mahu redha ALLAH?
berjuanglah..


::ok HATI. moga baik2 selalu. fi amaanillah:;
::hidup ni tak sohih kalau tak ada ujian::
::so0o jangan pelik bila tengah2 ok, tiba2 ada yang tak kena::
::inilah kehidupan, sampai akhir nafas, BERSABARLAH:: :)

Friday, 29 August 2014

Bila aku diam

bila aku diam
biarkan aku

bila aku diam
tanda aku berfikir

bila aku diam
tanda aku mendengar

bila aku diam
tanda aku sedih

bila aku diam
ada cerita yg aku pendam.

bila aku diam.
boleh tak kamu memahami?

ya Allah. bila aku penat, jangan biarkan aku lemah. berikan aku kekuatan. berikan aku petunjuk. cuma Engkau yg memahami. cuma Engkau yg mengetahui. aku cuma seorang wanita.

☺😊😄😃😀😁😂😅😉😆 senyum. selagi bernyawa.

Wednesday, 27 August 2014

perang Negatif dalam HATI

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup. m0ga ALLAH menjaga setiap perkataan, setiap perbuatan, setiap langkah, dan setiap pemikiran kita. selagi Allah izinkan untuk bernyawa, bukan hanya sia2, ada tujuan dan kewajipan yang harus kita laksanakan. sebagai makhluk untuk al-Kh0liQ. InsyaALLAH.

~bila niat dihati mahu berubah~

bercakap memang mudah "esok, aku nak solat awal waktu" "esok aku tak akan marah dan bersangka buruk" dan macam-macam lagi. Tapi untuk melaksanakan bukan semudah pengucapan. perlu ada JIHAD dalam diri. perlu ada semangat LAWAN nafsu. perlu ada SEMANGAT untuk betul-betul berubah. biar kata orang "jangan sekadar cakap kos0ng".

betul. memang susah. lebih-lebih lagi kita yang dah terbiasa dengan perangai dan sikap kita yang negatif. nak bertukar kepada positif serius perlukan KEKUATAN. dan macam mana nak dapatkan kekuatan? hanya dengan 1 cara, DOA. sebab, kekuatan adalah milik ALLAH. kadang-kadang kita rasa ragu-ragu dengan diri sendiri, "bolehke aku ni berubah? nanti cuma hangat-hangat tahi ayam je". semua ni cuma perasaan dari syaitan, yang menghalang kita untuk berubah kearah kebaikan. kita boleh. insyaALLAH kita boleh. macam saya kata tadi, kena DOA.

Dalam proses nak berubah, kita sendiri kena berusaha untuk mencari alternatif lain, macam saya sendiri,,saya cuba buat sesuatu yang simple. saya tak ambil banyak. biar sikit asalkan ISTIQAMAH. setiap pagi saya make sure, bangun dari tidur, saya ucap syukur. ALHAMDULILLAH. yang kedua,mindsetkan fikiran saya. KENA POSITIF. third, saya pastikan untuk SENYUM & CERIA. bila saya siap dengan 3 pekara ni, InsyaALLAH mood akan ok. dan saya, boleh slow2 ajar diri saya untuk berubah kepada yang lebih baik.

cara saya didik hati~ setiap hari, pastikan saya dengar 1 KULIYYAH atau MOTIVASI. mudah je. tak perlu pergi mana-mana, cuma download je diYouTube. :) then, saya akan cuba istiQamah buat apa yang saya mampu. contoh baca Al-Ma'thurat. kadang2, bila masih baru ni memang rasa liat sikit,kadang-kadang kita terlupa apa yang patut kita buat. so caranya, bila teringat TERUS BUAT. kalau tak, memang kita tak akan buat. sebab tu perlu ada JIHAD melawan nafsu, melawan sifat malas. perlu ada SEMANGAT yang tinggi mahu berubah. perlu ada KEYAKINAN yang Allah akan membantu dan PERCAYA pada diri, kita boleh.

kena ingat. SYAITAN sangat dengki dengan keturunan Nabi Adam (manusia). syaitan dah berjanji tidak akan berhenti walau sehari untuk menyesatkan manusia hingga hari kiamat. so, kita jangan mudah kalah dengan perasaan, jangan mudah kalah dengan rasa lemah dan malas.

Hari-hari lazimi dengan ISTIGHFAR. insyaALLAH mudah urusan kita. InsyaALLAH nanti akan ALLAH bantu. yang UTAMA niat kita. sayang-sayang semua, moga kita selalu berMUHASABAH. kita ni, hari-hari buat dosa, sama ada secara sedar atau tak.

sayang-sayangku, Jangan sia-siakan peluang hidup yang ALLAH bagi, kita tak tahu bila kita akan mati. Jangan bertangguh. tiada siapa boleh jamin untuk hari esok, bahkan setiap saat yang akan datang. untuk diri saya juga peringatan ni. kita manusia. memang tak sempurna, sebab tu kena selalu ingatkan diri, solat TAUBAT. sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun. selagi kita hidup, jangan pernah putus asa mendapatkan keampunan Allah. Jangan!! walau sekali.

untuk diri saya dan kalian, salam MUJAHADAH. moga ISTIQOMAH. tujuan kita MARDHOTILLAH, mahu menuju ke JANNAH.

ALLAHUMMAGHFIRLI ZANBI  (Ya Allah, AMPUNkan dosa-dosaku)
WAWASSI'LI FII DAARI (dan LUASkanlah rumahku) kebahagiaan.
WABAARIKLI RIZKII (dan BERKATIlah rezkiku)

Allahumma Ameen. :)

mudah bila Allah izin

Bismillah~~

"bila niat baik, tujuan yang baik, InsyaALLAH akan ALLAH bantu permudahkan. yang utama kena usaha."

betul. dalam beberapa hari ni, saya bersemangat nak tambah kefahaman lagi dalam agama dan juga memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

ceritanya...

dari minggu lepas, saya pelik bila tengok abang saya guna internet download cerita ok jek. nampak smooth je semua. tapi time saya nak download "ceramah" or "video agama" jadi perlahan sangat. sampaikan ada video yang tak boleh buka langsung. tapi saya cuba juga sampai boleh. ada video yang saya nak sangat dengar, tapi tak boleh nak play. so dalam sehari dapat 1 video je. memang sangat slow line kat sini.

mungkin video yang saya nak dengar tu, belum penting untuk waktu sekarang. Bagi saya, video yang ALLAH izinkan untuk saya dengar, yang mudah saya download, mungkin yang paling terbaik untuk waktu sekarang. :) Alhamdulillah, serius memang tak rugi pun. memang itu yang terbaik!. saya suka dengar tiap kata2 dari Prof Dr Muhaya. kata2 dia sangat menyetuh hati. dan saya juga suka download ceramah Ustaz Azhar Idrus. kelakar, ringkas dan mudah faham. so guys, bolehla cari mereka ni di youtube.

so, dari hari ke hari saya tetap juga cuba walau SEKALI shari untuk dengar 1 motivasi or ceramah agama. sekarang senang kan? boleh tambah ilmu, tambah kefahaman kita dengan menggunakan teknologi yang ada. cuma, terpulang pada kita nak atau tak. tapi pada saya, mencari Ilmu, menuntut Ilmu tu WAJIB. walau dengan apa cara sekalipun.

s0ooo.. nak cakapnya hari ni, Alhamdulillah, pagi tadi saya download smooth je, s0 saya try download sebanyak mungkin yang b0leh, sampaikan video lagu pun saya download. hiks! (sambil meyelam,minum air :p). nak bagitahunya, ALLAH tengok niat kita. Allah tengok usaha kita. Bersungguh2 atau tak. dan hari ni buktinya, Allah mudahkan urusan saya untuk dengar apa yang diri saya perlukan.

kadang2, orang kata "kebetulan" tapi, hakikatnya tiada kebetulan dalam kehidupan kita. semuanya adalah TAKDIR dan izin ALLAH s.w.t..

doakan saya. doakan kita semua. m0ga istiQamah dalam mencari mardhatillah. InsyaALLAH~~

Tuesday, 26 August 2014

sendiri~~

bila dah biasa bersama seseorang, rasa janggal bila sendirian.

even ada orang lain disekeliling, tapi tetap rasa sendiri. bukanlah rasa "kos0ng",cuma rasa sepi tanpa teman.

dari kecil,sampai umur saya 19tahun, pernah sekali je saya tinggal diasrama, time tu sebab k0n0nnya nak fokus study, tp haremmm. SEHARI je saya mampu. :) saya rasa tak best, tak ada orang teman tido kat sebelah. biasanya,kat rumah ada adik2, ada mak abah. memang rajin tido sekali. hee.

sampailah saya dapat masuk cfs iium. masa ni, saya terlalu happy, sampai xingat dan xfikir langsung apa akan jadi bila berjauhan, dan siapa yang akan teman saya tido. then, alhamdulillah. Allah tahu saya tak mampu sendiri, ada insan yang sudi menemani, mila nama dia. sgt2 baik orangnya. dan dia lah yang teman saya tido tiap2 malam. SEKATIL. siyes, saya memang tak boleh bila tak ada orang kat sebelah.

tapi, xlama, mila dapat maktab, so for sure saya kena tido s0rang2. tapi, lg sekali Allah kn0ws better, digantikan ramai lg insan2 lain yg tido sekatil dgn saya. subhanAllah..bertapa terasa akan nikmat yg Allah bagi. syukur!

kisahnya sekarang. saya sendiri. jauh dengan family, jauh dengan kawan-kawan dan orang-orang yang hampir dengan saya. mungkin ni masanya saya belajar untuk sendiri. saya dah besar, dah nak ada family sendiri. walaupun kadang2 saya rasa xok bila sendiri. saya MESTI ok.

saya yakin, Allah tak akan uji dan tak akan bg sesuatu yg saya tak mampu. walaupun saya kata "tak" berjuta kali, tetap juga perkara tu ok pada saya. sebab Allah yg bagi. so, saya akan cube layan nikmat "sendiri", tentunya ada hikmah bg setiap aturan Allah.

hiks.. :D


Aku kat sini. menunggu sese0rang. 




Jubah Mesir ~~ Exclusive!

Bismillah :)

PROMOSI!!

Jubah Mesir. hanya RM95 sahaja. FREE postage.

hanya ada 4 helai. siapa cepat dia dapat :) 


Monday, 25 August 2014

Tik tok tik tok. Menghitung Hari, berakhirnya penantian

Alhamdulillah untuk sekian lama “kita” menanti. Akhirnya Allah izinkan, dan satu tarikh telah pun kita persetujui. Dihati ini cuma Allah yang tahu bertapa aku syukur dan terharu. Saat yang paling aku nanti2kan untuk hubungan “kita”. Sebak didada tanda gembira, doa dipanjatkan tanda syukur.


Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.

Kini, “kita” mula membuat persiapan. 3bulan lagi untuk menuju hari yang paling bermakna.  Disetiap langkah aku tak lupa sisipkan doa buat “kita”. Moga segalanya dipermudahkan ALLAH. Dan aku akui, tidak mudah untuk “kita” sampai ketahap ni. Segalanya Biiznillah. Tanpa izin DIA tak mungkin “kita” masih ada.

Terkenang semula disaat awal perkenalan, bayangan kenangan “kita” bermain diingatan. Aku tersenyum. “kita” yang dulu bukan “kita” yang sekarang. Kalau dulu, hala tujunya entah kemana, tiada tujuan. Tapi kini “kita” ada impian, matlamat dan tujuan. Bagi aku tujuan utamanya adalah mardhotillah. Ye. Mardhotillah. Aku mahu “kita” bersama bukan sekadar disini, tetapi disana. Di akhirat, hingga syurga.

Terlalu banyak yang mahu aku coretkan. Tetapi banyaknya yang bermain dilegar fikiran. Tak mampu aku luahkan disini. Tentang “kita” buatkan aku mengalirkan air mata dan tersenyum. Biarpun adakalanya “kita” sama2 merasa terluka, adakalanya “kita” sama2 merasa sakit, marah dan kecewa tapi adakalanya kita sangat bahagia. Semuanya adalah kenangan, pengajaran dan pengalaman buat “kita” berdua untuk melalui hari2 yang mendatang. InsyaALLAH.

Dari saat ini, aku mahu lebih fokus dengan amal dan ibadah. Persiapan sedikit sebanyak, Alhamdulillah telah dibuat. Aku menanti hari demi hari dengan doa dan tawakkal kepada Dia Sang Pencipta. Doakan aku. Doakan “kita”. Semoga penantian ini diberkati dan diredhai ALLAH.







Antara Fadhilat Dhuha

Bismillah :)

Alhamduillah, masih lagi dipinjamkan nyawa oleh ALLAH.

hari-hari bila bangun tidur, saya niatkan dalam hati untuk BERUBAH. untuk jadi LEBIH BAIK dari semalam. InsyaAllah.

hari ni, saya tergerak untuk mencari fadhilat "Dhuha".

kalau sebelum ni yang saya tahu kalau nak rezki yang banyak, nak mudah urusan, solat Dhuha. tapi hari ni, saya tak rasa cukup sekadar tu. tentu ada sesuatu yang hebat dengan solat sunat Dhuha ni. so, saya buka youtube, Ustaz Azhar Idrus,dan Ustaz Ismail Kamus berkaitan dengan fadhilat solat sunat Dhuha.

antara ringkasan/ konklusi yang boleh dishare dengan apa yang saya faham :

ustaz Azhar Idrus : s0lat sunat Dhuha, ganjaran dia besar ALLAH bagi. iaitu, istana emas di Syurga dan bidadari yang cantik. kenapa bayarannya sangat mahal? sebab tidak ramai orang yang melakukannya. hanya dengan 2 rakaat. (5minit). Allah berikan ganjaran yang sangat hebat!

Ustaz Ismail Kamus : s0lat dhuha,1) kita buat sebagai tanda syukur diatas nikmat saraf yang Allah kurniakan kepada kita. 2) supaya diberkati rezeki kita 3) supaya Allah pelihara kita dari melakukan maksiat. bila menunaikan Dhuha, di akhirat kelak, ada syurga yang pintunya "Baabu Dhuha" iaitu pintu masuk syurga bagi solongan yang melakukan dhuha.

subhanallah. bila dengar kelebihan2 ni, rasa bersemangat. rasa bertapa banyak, bertapa besarnya nikmat Allah buat hamba-Nya. cuma 5MINIT sahaja (2rakaat).

kata Ustaz Sheikh Nuruddin, kadang2 perasaan yang semangat ni datang dari syaitan, hari ni kita bersemangat untuk beribadah, tpi, esok lusa kita mula lemah. kerana bisikan semangat yang ada dalam diri bukan dari ALLAH @ malaikat tetapi syaitan. sebab tu, biar bersederhana, biar sikit tetapi ISTIQAMAH.

semoga s0lat sunat Dhuha menjadi amalan kita semua hingga akhir nafas. InsyaALLAH.