jika ditanya kepada sesiapa "mahu tak ada penyakit? mahu tak rasa sakit?"
tentu kebanyakan jawapan adalah TAK MAHU.
siapa yang tak mahu gembira,sihat tubuh badan dan ceria? Allah..semua ini nikmat!!
semestinya semua mahukan yang indah, mahukan sesuatu yang membahagiakan. :)
tapi..Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik. tak semua orang diberi kesihatan yang berpanjangan. tak semua orang diusia kecilnya sihat. mungkin ada yang mula sakit sejak lahir, mungkin ada yang sakit di pertengahan usia, dan mungkin juga dipenghujung usia. ini tanda Allah tidak sayangkah? bukan. ini kerana Allah sayang. kita hambanya yang istimewa. sakit juga nikmat. kita lebih dekat dengan ALLAH. lebih banyak memikirkan kematian. dan kita juga tahu setiap kesakitan, kesusahan dan kesedihan itu adalah kafarah dosa. terbukti ini adalah nikmat! Allah sayang, tarbiyyah ini buktinya!.
kita cuma hamba. tak tahu bila waktunya diambil semua nikmat ini (sihat tubuh badan dan sebagainya). segalanya milik Allah. bila2 masa sahaja akan ditarik nikmat2 yang diberikan. bukan kita yang memilih untuk sakit. bukan kita yang pinta untuk sakit. tapi semua ini ada hikmahnya. sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik. Allah bagi apa yang kita mampu. insyaAllah. redha dengan apa yang Allah uji. yakin dengan janji Allah. sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang bersabar. He always be with us!!
be positive!! (especiallyt0myself!!)
#ujian kita mungkin taksama. tapi setiap insan ada ujiannya sendiri. Allah tidak pernah memilih kasih. Allah menyanyangi mereka yang selalu mengingatinya disetiap saat dan ketika.#
#mungkin ada pandangan yang tidak menyenangkan dari mereka. pedulikan! :) kerna kita ada DIA yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa#
#mungkin juga tidak ada insan yang sudi menerima diri yg penuh kekurangan. itu hak mereka. biarkan. kita ada Kekasih Agung. tidak ada istilah jemu dan setia menemani.#
#s0ooo selagi bernyawa moga sentiasa cuba menjadi yang terbaik, berubah kerana ALLAH dan agama. moga perubahan diredhai Allah hingga hujung nyawa#
Allahumma Ameen. :) (keep smiling even though deep in ur heart u was crying!!)
