Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
![]() |
Allah aku ingin cinta. Cinta-Mu yang kekal abadi. biarkan aku disakiti. demi redha-Mu yang aku cari. |
Duhai diri,
Dia Sang Pencipta sentiasa ada.
memerhati setiap geri
diri yang selalu terleka.
Duhai diri,
Dia tidak pernah meninggalkanmu,
tetapi diri yang tidak tahu menghargai,
dibiarkan rasa hati diketuai nafsu.
Duhai diri,
Dia selalu ada untuk mendengar,
jangan menangis dikalangan mereka,
tetapi menangislah dihadapan Dia,
Duhai diri,
Ujian ini bukan kerana benci.
tetapi kerana Dia cinta,
dirimu yang Dia rindui.
Duhai diri,
Usahlah mengharap kasih mereka,
hamba-Nya tetap sama,
cuma Dia yang mampu memberi.
Duhai diri,
ingatlah Dia selalu,
hatimu pasti tenang selalu.
kerna cuma Dia,
yang dicintai sepenuh Hati.
#moga disebalik tangisan ini,
ada bahagia dipenghujungnya.
jika bukan didunia ini biar disana nanti.
Aku menanti janji Dia yang aku yakini.
biarpun aku terasa sakitnya,
inilah kafarah dosa2ku.#