Thursday, 21 June 2012

sYa'BaN MeNyiNaRi,RaMadHaN diNanTi.

AsSaLamMuaLaiKuM w.r.t =)

Alhamdulillah. syukur diatas nikmat iman dan islam. syukur dengan segala kurniaan dan pinjaman-Nya. syukru lillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk bertemu bulan sya'ban yang penuh dengan keberkatan ini. m0ga diberi kesempatan juga untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. insyaALLAH.

bulan rejab adalah bulan yang disukai Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud :-

"Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku" (diriwayatkan oleh Anas Bin Malik r.a)



apa keistimewaan bulan sya'ban ni? antaranya seperti yang disebut didalam hadis diatas,yaitu bulan yang disukai Rasulullah s.a.w. dimana pada bulan ini Baginda lebih banyak berpuasa. sebagaimana yang disebut didalam hadis dibawah.

"A'isyah r.a menyatakan, tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan sya'ban (selain bulan Ramadhan). sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berpuasa penuh selama sebulan." (riwayat Bukhari dan Muslim)

subhanALLAH. mampukah kita mengikut apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w pada bulan sya'ban ini? insyaALLAH kita boleh. mungkin kita xmampu untuk melakukan sepertimana Rasulullah s.a.w laksanakan, tapi, sekurang2nya kita usha dan cuba untuk melaksanakan. mungkin bukan sebulan, mungkin 2minggu? seminggu? seb0lehnya kita cuba berpuasa pada bulan sya'ban ini. moga sunnah mengiringi kehidupan kita dan amalan yang mulia disisi ALLAH ini diterima.

Usman bin Zaid menceritakan,"saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain2 bulan seperti bulan sya'ban."

lalu baginda s.a.w menjawab "itulah bulan sya'ban dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu diantara Rejab dan Ramadhan, ini adalah bulan dimana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian Alam. oleh itu, bagi saya amat suka sekiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa"
(riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

tentunya kita mahu menjadi hamba-Nya yang terpilih bukan? untuk diangkat segala ibadah kita kehadrat-Nya. untuk diampuni segala d0sa dan diterima segala amalan. kerana itu, kita sewajarnya bersungguh2 beribadat kepada-Nya dan perbayakkan amal ibadat dengan khusyuk, tawadhuk, ikhlas dan penuh taQwa kepada-Nya.

A'isyah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w bersabda :-

"Sesungguhnya ALLAH s.w.t turun pada malam pertengahan (nifsu) sya'ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa2 orang yang lebih banyak dari bilangan bulu2 kambing Bani Kalb" (riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)


segala Puji bagi ALLAH, besar nikmat yang diberikan buat hamba-Nya. sungguh, ALLAH Maha Pengampun. buat diri saya,dan kamu. sem0ga kita sama2 merebut peluang dan ganjaran yang diberikan oleh-Nya dengan besungguh2 beribadat kepada-Nya. jom sama2 tambah dan tingkatkan amal dengan***

# perbayakkan puasa sunat.
# perbayakkan Qiamullail.
# perbayakkan zikru'alaALLAH.
# perbayakkan s0lat taubat dan beristighfar.
# perbayakkan  membaca kalamullah.
# perbayakkan selawat.
# jaga hubungan dengan ibubapa, keluarga, sahabat dan semua insan.
# maafkan kesalahan orang lain, dan doakan kebaikan buat mereka.

j0m sama2 perbayakkan amal m0ga kita menjadi hamba-Nya yang bertaQwa. m0ga segala amalan kita diterima dan segla d0sa diampuni ALLAH. allahumma aameen.

#Alhamdulillah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan. secetek ilmu yang saya ada. moga memberi manfaat buat diri saya dan kamu. selamat beramal, sem0ga bulan sya'ban ini menyinari kehidupan saya dan kamu, dalam mencari keredhaan dan keampunan-Nya dengan ber-istiQamah  untuk beribadat kepada-Nya. 

"Wahai Pemilik Hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu dan taat kepada Perintah-Mu"-Aameen.

wallahu'alam.