assalammualaikum..
apa kabar diri dan iman? sem0ga sihat sejahtera dengan iman yang sihat,dengan hati yang bersih, dengan rahmat dan kasih sayang-NYA. aamiin.
alhamdulillah, setenang hati dan bicara, moga kalian juga begitu. bersyukur dengan nikmat dan kurniaan-Nya. insyaALLAH.
bila soal hati dan perasaan. sukar untuk diluahkan dengan kata2.adakalanya terasa malu. malu dengan diri sendiri, malu dengan DIA pemilik segala cinta. malu dengan Rasulullah kerana cinta pada manusia yang sama sepertiku melebihi darinya. malu dengan mereka yang seharusnya merasakan cinta itu. sedangkan cinta itu hanya pada DIA, Rasulullah,ibu bapa,suami,anak-anak,keluarga dan buat mereka yang berhak untuk dicintai.
"jodoh itu rahsia ALLAH". ya. ia rahsia ALLAH. namun kebanyakan antara kita lebih mengetahui siapa jodoh mereka. hairan. saya khuatir jika saya juga begitu. Adakalanya terlalu mengharap dia menjadi suami kita. Begitu juga dengan diri ini,adakalanya saya juga tersalah langkah. Ujian buat hati. Lebih2 lagi bila sudah bertunang,syaitan semakin rancak menjalankan tugas memujuk diri membuat kejahatan.
Mungkin ramai yang berfikir,bila sudah bertunang kita
perlu sentiasa berhubung untuk saling mengenali dan sebagainya. Pada mulanya
saya juga begitu, pertunangan hampir 5bulan ini benar2 menguji diri. Adakalanya
terasa letih melayan hati. Sedangkan belum tentu lagi dia milik kita. Alhamdulillah,ALLAH
masih menyayangi kami. Masing2 memilih untuk menjaga,biarlah tika ini terasa
sakit menahan rasa, insyaALLAH bahagia menanti. Lebih2 lagi menjaga kerana
mencari keberkatan dan redhaNya. namun ia juga belum pasti bahawa dia adalah
jodoh saya kerana ia adalah rahsia yang Maha Esa.
bagi mereka yang membuat istikarah sebelum menerima atau melamar, alhamdulillah. moga diteruskan istikarah hingga waktu akad dilafazkan agar diberi petunjuk apa yang terbaik dan dimudahkan segala urusan oleh-Nya.
bagi mereka yang sedang bercinta, yang sedang mencari,yang masih belum mencari petunjukNya (istikarah), cubalah lakukan. sungguh tiada kerugian bagi mereka yang mencari petunjukNya, manakah yang lebih baik buat dirinya. ketahuilah ALLAH itu lebih Mengetahui segalanya. disamping itu, lakukan solat taubat, moga diampuni segala dosa-dosa yang lalu, agar doa dan amalan kita diterima ALLAH.
bagi mereka yang membuat istikarah sebelum menerima atau melamar, alhamdulillah. moga diteruskan istikarah hingga waktu akad dilafazkan agar diberi petunjuk apa yang terbaik dan dimudahkan segala urusan oleh-Nya.
bagi mereka yang sedang bercinta, yang sedang mencari,yang masih belum mencari petunjukNya (istikarah), cubalah lakukan. sungguh tiada kerugian bagi mereka yang mencari petunjukNya, manakah yang lebih baik buat dirinya. ketahuilah ALLAH itu lebih Mengetahui segalanya. disamping itu, lakukan solat taubat, moga diampuni segala dosa-dosa yang lalu, agar doa dan amalan kita diterima ALLAH.
saya yakin ramai antara kita yang mahukan pasangan yang soleh/solehah, namun bagaimana pula dengan diri kita? adakah kita seorang yang menjaga solat 5 waktu? bagaimana dengan bacaan al-Quran? amalan2 sunat?adakah kita menjaga puasa kita? bagaimana pula hubungan dengan kedua ibubapa? keluarga? dan sesama saudara muslim? baik kah atau sebaliknya? mari bermuhasabah. agar kita menjadi pasangan yang baik dan peroleh pasangan yang baik.
buat saya,dia,kamu dan mereka. andai kita mahukan sesuatu yang baik dalam hidup kita, kita perlu laksanakan kebaikan terlebih dahulu. saya biasa dengar perkataan "what you give, you will get back" jadi, saya yakin dan percaya, andai kita melakukan sesuatu yang baik, berubah kepada yang baik, kita juga kan mendapat kebaikan dan sesuatu yang baik. begitu juga dalam mencari teman hidup, permaisuri, putera idaman dan sebagainya. ALLAH itu Maha Adil..akan diberikan seseorang itu dengan apa yang bersesuaian dengan dirinya. so, tentunya semua mahukan yang terbaik kan? jangan tunggu-tunggu untuk membuat kebaikan. mulakan dengan saat dan tika ini. moga ALLAH kurniakan kepada kita hidayahNya dan kebaikan dunia dan akhirat.aamiin.
kita tak tahu bila masanya malaikat maut mencabut nyawa. kita tak tahu bila tibanya ajal kita. alangkah ruginya jika disaat itu kita tidak sempat bertaubat. tidak sempat untuk melakukan kebaikan. bagaimana? pernahkah kita bayangkan kehidupan kita disana? "nastaghfirullah - ampunkan kami yaALLAH"
m0ga kita tergol0ng dalam gol0ngan orang2 yang beriman. hidup dan mati dalam iman. aamiin.
#saya pasti semua mahukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik, tapi kita hanya se0rang hamba yang dh0if, seringkali melakukan kesilapan,jadi..moh0nlah pada ALLAH moga diberi kekuatan dan ketabahan hati dan dikurniakan segala kebaikan dan dijauhi segala keburukan. Jum sama2 berusaha menjadi yang terbaik meskipun beribu kekurangan dan kelemahan ada pada diri.
#JOM JADI SOLEH/SOLEHAH!! =)
::salam ukhwah::
::moga ikatan yang terjalin kekal & terpelihara hingga akhir dengan keredhaanNya::