Saturday, 10 November 2012

::HanyaSe0rangHamBa::

* Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang *

"tidak ada seorang pun yang sempurna dimuka bumi ini, melainkan Dia yg Maha Hebat dan kekasih-Nya Rasulullah s.a.w yg ma'sum"

dan

"tidak ada seorang pun yang didalam hatinya tidak mahu menjadi yg terbaik,walau siapapun dia"

begitulah diri ini. hanya seorang hamba yg khilaf. namun tidak pernah beralaskan alasan itu untuk tidak berubah. impian untuk menjadi yg terbaik sentiasa terpahat dihati. semampu yg boleh berusaha untuk berubah menjadi hamba-Nya yg bertaQwa, sebagai umat Rasulullah yg s0leh/s0lehah,menjadi anak yg s0leh/s0lehah, se0rang abang,kakak dan adik yg baik. dan seterusnya terhadap keluarga, saudara-mara, guru2, para pengajar dan masyarakat. walau siapapun, walaubagaimanapun, semestinya akan ada didalam hati kita untuk menjadi yg terbaik meskipun kita bukan yg terbaik.

namun, kelemahan dan kekurangan yg ada tidak mampu dihalang. adakalanya ia berlaku dalam sekelip mata. meskipun hanya beberapa minit ditegur, kita tetap juga melakukan kesilapan. lumrah manusia sering terlupa dan terleka. tetapi, kesalahan itu adalah pengajaran. asalkan setiap kesalahan itu dijadikan iktibar. biarpun kemungkinan besar kesalahan yang sama tetap berulang, fikir dengan positif kita "Hanya se0rang Hamba" tidak akan ada yang sempurna dan tidak akan terlepas dari berbuat kesalahan.

teruskan berd0a kepada Dia Yang Maha Memelihara. M0ga setiap kesilapan yang berlaku adalah wasilah dari Allah untuk menjadikan diri kita seorang hamba yang lebih baik. insyaALLAH :)
menyesali. menginsafi. bertaubat. Sungguh ALLAH itu Maha Pengampun.

Photo: Kesakitan dan kesedihan itu bukan sekadar PENGHAPUS DOSA..
Tetapi ianya adalah wasilah CINTA..
Antara MAKHLUK dan TUHANNYA..

:) senyum!







Friday, 9 November 2012

S:a:B:a:R

AssaLammuaLaiKuM :)

"Tidak ada anugerah lain yang lebih baik selain per0leh sifat SABAR" 
-Hadis riwayat Bukh0ri dan Muslim-


Alhamdulillah. minggu yang penuh dengan airmata. yang penuh dengan tekanan dan em0si. :) UJIAN tidak memilih siapa dan tidak mengira waktu. tetapi apa yang ALLAH berikan itu bersesuaian dengan kemampuan kita. insyaALLAH. sekadar berk0ngsi apa yang dirasa.

syukur. sem ni saya lebih bersemangat dari sem2 sebelum ni. walaupun beberapa kali berulang keh0spital,saya cuba berusha untuk pergi kekelas, cuba melawan segala rasa letih dan sakit. Alhamdulillah, dengan izin Dia saya mampu menghadapi semua mid-term dengan baik, biarpun dalam keadaan 50-50 bersedia. ada juga yang saya g0reng je bila tak tahu nak jawap apa. saya cuba semampu yang b0leh. kadang2 ada rasa lemah semangat dan putus asa. tapi ALLAH yang Maha Penyayang menghadirkan insan2 yang baik, yang setia memberi semangat untuk saya terus tidak terus mengalah. yang terutama mak abah saya, famili saya, tunang saya dan sahabat. 

selesai midterm. minggu esaimen dan prizentati0n pulak bertamu. masing2 mula bizi dengan kerja dan hal masing2. same macam saya. tapi apa yang kita harapkan tak semudah apa yang kita bayangkan. grup esaimen saya buat esaimen tanpa inf0rm saya. tup2 dah hantar. AllahuRabbi. menangis jugak lah. kecewa dengan sikap mereka. andai saya terus menyepi tanpa update apa2, saya terima dengan hati terbuka mereka buat tanpa bagitahu saya. sebaliknya, berulang kali saya mesej grupmate bertanya tentang tajuk dan sebagainya. jawapannya sepi. saya fikir, mungkin mereka belum buat lagi. saya masih positif. saya mesej orang yang sama. bertanya hal yang sama. jawapan yang sama. tak ada yang reply. kees0kannya saya kol salah seorang grupmate, tapi operat0r je yang jawab. saya cuba k0l berulang kali. tapi perkara yang sama berulang. saya fikir untuk kol semula kees0kannya.

Alhamdulillah, saya k0l kali ni tuan number yang jawab, saya tanya "akak, bila kena submit esaimen ni? mana tajuk yang saya minta dengan akak?" then dia bagitahu tajuk dan bagitahu es0k kena hantar. saya pun kata 0k. rasa semangat nak buat, sebelum tu saya kol lag seorang grupmate, saya tanya dia nak saya hantar esaimen pukul berapa? dia kata," maaf, saya dah hantar tadi, tapi saya tak letak nama awak" yaALLAH...T_T saya rasa nak nanges2 terus masa tu. tapi sabar lagi. tak suka tiba2 terus marah. saya tanya dia kenapa but macam tu? dia jawab, salah se0rang grupmate ada kol saya berulang kali tapi tak dapat. aik??? sedangkan saya yang meseg dan kol dia yang tak jawab. ok. saya tak nak fikir panjang. sedih. tapi cuba untuk senyum. cuba untuk tenang. saya fikir apa yang berlaku ALLAH izinkan.

malam tu saya cuba bertahan. cuba untuk positif sehabis yang boleh. tapi saya kalah jugak. macam2 saya fikir, apa salah saya dengan diorang? apa sebab diorang buat mcam ni?.sedih. kecewa. ALLAH. saya lemah sangat2 malam tu. saya mesej mak. macam2 saya ngadu dengan kata kiasan. walaupun mak tak faham apa yang jadi, mak mesej memberi semangat dan nasihat. sahabat saya dan en.khatib pun memberi semangat dan cuba memberi penyelesaian. Alhamdulillah, saya tenang, terpujuk dengan kata "Allah menguji dengan apa yang kita mampu, dalam ujian Allah mentarbiyyah diri. nak menjadikan kita hamba yang lebih baik". malam tu saya tidur dengan rasa syukur dan tenang. moga ALLAH memberi kekuatan dan permudahkan segala urusan saya.

Alhamdulillah, sekarang saya dapat esaimen baru. syukur sangat bila Dr.Maziah bagi peluang. biarpun grupmate saya buat2 cerita, bagitahu lecturer yang saya cuba menjauhkan diri dan langsung takde follow up. alhamdulillah. saya yakin Allah lebih Mengetahui. Dia Maha Adil. ada hikmah apa yang berlaku, Allah mengajar saya untuk baik dengan semua orang, kelak jangan pernah menganiaya orang, ikhlaskan hati biarpun rasa sakit. yakin yang Allah akan membantu. Dia sebaik2 Pen0l0ng. so, kalian, andai ada grupmate kalian yang mungkin ada masalah atau sakit, cubalah bantu. jangan fikir diri kita sahaja. satu tanggungjawab bagi kita sama2 saling membantu. tak rugi pun tol0ng orang. Allah akan tol0ng kita pula. mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita. InsyaALLAH.

#MUHASABAH::peringatan buat diri saya! terima ujian dengan sabar, mungkin ia sebagai kafarah d0sa dan sebagai wasilah tanda ALLAH sayang, tarbiyyah dari Dia,Sang Penciptaku#

"ujian. hadirnya tanpa diminta. Dia yang memberi. mengajar erti Sabar. mendidik diri untuk Tabah. 
aku hanya se0rang hamba. berusha selagi mampu. meskipun aku tetap tersungkur. aku yakin Dia tidak akan tinggalkan aku sendiri kerna aku pasti Dia sentiasa ada, sentiasa melihat dan mendengar, Dialah Pencipta Agungku"


Saturday, 6 October 2012

moga ALLAH memberkatimu =)

Assalammualaikum w.r.t..

Alhamdulillah, sepanjang bulan september yg lepas, ramai sahabat2 yg semakin bertambah usianya. begitu juga dengan sy dan keluarga saya yg majoritinya pada bulan september..dan beberapa hari yg lepas,genap usia "khatibi" 23tahun..tiada hadiah atau ucapan yg istimewa hanya secebis ingatan didalam doa. moga kalian dan sidia sentiasa berada dijalan-Nya dan diberkati ALLAH selama bergelar "hamba Sang Pencipta"..aameen

!SELAMAT HARI LAHIR! 

sem0ga sentiasa didalam Rahmat ALLAH dan diberkati sepanjang usia.
sem0ga ukhwah fillah kekal hingga syurga :)










Saturday, 22 September 2012

=22:tahun=


BiSmillahiRraHmaaNiRraHiiM


ALLAH...
semakin meningkat usiaku, semakin hampir pertemuanku denganMu..
sudah bersediakah aku?
bagaimana dengan amalan dan ibadahku?
sudah sempurnakah segalanya?
AllahuRabbi..
tetapkan aku berada dijalanMu..
tetapkan hati ini dengan iman..
akhiri hidupku dalam iman dan khusnul khatimah.
Allhumma aameen.


"selamat hari lahir anakku..semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan"..kedengaran ceria suara abah dic0rong telef0n. sedang sy tersenyum gembira mendengar ucapan istimewa dari dia, ayahanda yg amat sy kasihi..

"selamat hari lahir puteriku sayang..semoga diberkati ALLAH selalu, dikurniakan kesihatan yg baik, ketabahan dan kecekalan selagi bergelar sebagai seorang hamba.sayang anak mak sgt2. i love u ema.." terharu mendengar ucapan dari dia, bonda yg dicintai. tiada kata yg dapat diluahkan. hanya ucapan "Terima Kasih" dan rasa syukur.

"selamat hari lahir.." satu mesej yg diterima selepas panggilan dari mak dan abah. simple. amat sy hargai. terima kasih "khatibi".

seterusnya dari insan yg bergelar sahabat. "selamat hari lahir cinta". kotak yg cantik dibaluti sampul hijau berbunga diterima. subhanALLAH. didalamnya sebuah jam dinding yg dihiasi dengan kalimah ALLAH dan Muhammad. beserta ukiran rehal dan al-Quran. moga ia memberi manfaat buat diri ini. insyaALLAH =)

terima kasih cinta2 hati. moga ALLAH meredhai sepanjang usiaku dan sepanjang usia kalian.
moga ukhwah yg terjalin membawa kita semua hingga ke syurga. ALLAHumma Ameen.


dihari lahirku,
ucapan dan doa bertamu,
lafaz syukur dihati menghiasi,
moga kalian dirahmati,
Dia Sang Pencipta.

"sungguh,usiaku kini semakin meningkat, entah apa yg telah aku lakukan selama aku hidup didunia ini. masih banyak lagi tanggungjawab yg terabai, masih banyak lagi hutang yg belum dilangsaikan, masih banyak lagi janji yg belum ditunai. ALLAHuRabbi..moga ada kesempatan untukku menyempurnakan segalanya sebelum terlewat.."





Friday, 22 June 2012

.:DuHaiHaTi:.


*Bismillahirrahmaanirrahiim*




"kenapa anak mak ni monyok je? Sebab syabab dah stop mesej ye?”

“em..tak lah,. alhamdulillah,Ain ok je tentang tu. insyaALLAH.”

“mak ngusik je.. Kenapa diam je?asik termenung je dari tadi.”


“emm, ain pun tak tahu apa yang ain fikirkan mak..”


Radio dibuka, mak tahu puterinya ini sedang melayan rasa hati.


“jangan diikutkan sangat perasaan tu.”


saya tersenyum. “heee tak lah.. Semuanya ok. insyaALLAH”




“hidup ni memang banyak ujian, begitu juga dalam sesuatu hubungan. Kena banyak sabar.”

Sekali lagi saya tersenyum. Permaisuri hati ini masih cuba meneka.


“bukan sebab tu k0t heee..Ain tak fikirkan sangat tentang tu. Ain serahkan segalanya pada Dia. insyaALLAH. Ain yakin dengan ketentuan-Nya”



“dah tu kenapa ain nampak sedih je?”

Kali ni, saya pula mengubah topik perbualan. Apa yang ditanya permaisuri hati tidak dijawab. Tak mahu lagi disoal tentang apa yang sedang saya fikirkan.


                                                    *************************************************
"AllahuRabbi..."

"ain..mujahadah itu memang pahit. Setimpal dengan ganjarannya kelak. Jannah.” Kata2 ini menguatkan diri. Namun,adakalanya saya tewas. Adakalanya saya tersungkur lemah dengan perasaan dan hati yang penghuninya iman senipis kulit bawang dan nafsu. iman yang nipis tidak mampu menghalang. Hanya seketika waktu Iman menguasai, melindungi hati dan diri.

“yaRabbi layakkah diri ini?”

Disaat saya mula bertekad untuk mentransf0rmasi diri. Dikala itu saya diuji dengan apa yang saya katakan. Saya terduduk lemah. “ALLAH...” hanya keluhan yang bersilih ganti.

Perlahan..hati ini terpujuk dengan istighfar dan d0a. Alhamdulillah terasa Dia bersama disaat diri ini memerlukan kekuatan. Meskipun “sakit” itu masih terasa, saya mula muhasabah diri.

“kenapa saya sebegini lemah?”
“apa yang telah saya lakukan?”
“adakah ia baik pada pandangan ALLAH?”
“inikah redha yang saya cari?”

Satu persatu meneliti kesilapan diri. AllahuRabbi...sungguh diri ini penuh kelemahan. Penuh dengan kesilapan. “Astaghfirullah Fi Kulli Zanbi”. Sungguh diri ini merindukan kedamaian dan kelapangan hati.
                                                                   

                                                               
"yaRahman, moga ada ruang buatku untuk merasakan ketenangan dan kedamaian dihati iniyaGhaffar, moga diterima taubat hamba yang lemah ini,yaRahimm0ga ada secebis hidayah buat diri ini dalam mencari keberkatan dan redha-Mu


Apa yang kita ucapkan pasti diuji. Contohnya, Bila kita cakap nak jadi seorang yang jujur, kejujuran itu diuji. Allah Maha hebat. Dengan cara itu kita ditarbiyyahkan. Begitu juga bila kita berdoa. Kita minta untuk jadi hambaNya yang bersyukur, dan bersabar. Diberikan ujian untuk menguji kesyukuran dan kesabaran tu untuk mengukur keimanan dalam diri. Melihat sejauh mana kita mampu menjadi sabar dan bersyukur.


Dari ujian-lah Dia mendidik kita menjadi sabar. Menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Sungguh ujian itu satu tarbiyyah. Mendidik dan membentuk diri kita menjadi insan yang lebih baik. Ujian adalah nikmat. Bila mana ujian ini mendekatkan diri kita kepada Al-Kh0liQ. AllahuRabbi.







Kadang2 kita mungkin terlepas pandang, kita tersalah langkah, kita leka dan lalai dengan perintah-Nya. Kerana itu diberikan sedikit ujian untuk kita kembali kepada-Nya. Untuk kita sedar bahawa kita adalah hamba, kita tidak punya kuasa, segalanya hanya pinjaman. Milik Dia yang Esa.


Buat diri saya, dia dan kamu. Kita hanya seorang hamba. Kita sama. Tak terlepas dari membuat kesilapan. Namun, kita ada Dia yang Maha Pengampun. Berusaha untuk bertaubat, sebenar2 taubat. Semampu yang boleh perbaiki kesilapan lalu agar ia tidak berulang lagi. insyaALLAH.

Firman Allah yang bermaksud :-
"bahawasanya sesiapa diantara kamu yang melakukan kejahatan kerana kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-an'am:54)


Biarpun kita penuh kelemahan. Tapi kita boleh berusaha dan cuba untuk berubah menjadi yang terbaik. Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Pasti ada pertolongan dari-Nya buat mereka yang mahu berubah kepada kebaikan. Berd0alah moga sentiasa berada dalam perlindungan-Nya,diberi petunjuk dan hidayah-Nya. Allahumma Ameen.



jom sama2 tingkatkan iman menuju redha-Nya

#semoga apa yang diucapkan seiring dengan perbuatan. sem0ga diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran dalam beristiqamah mencari redha-Nya# -Aameen-


*DuhaiHati,dunia ini hanya seketika,bersabarlah dengan ujian yang diberi. mujahadah itu bukan semudah bicara.ia memerlukan berjuta pengorbanan setimpal dengan ganjarannya. hadapi dengan sabar dan redha, kemanisan pasti hadir menyinari dengan rahmat dan keberkatan-Nya* 


AllahuRabbi....
#SaLaM_MuJaHaDaH#




Thursday, 21 June 2012

sYa'BaN MeNyiNaRi,RaMadHaN diNanTi.

AsSaLamMuaLaiKuM w.r.t =)

Alhamdulillah. syukur diatas nikmat iman dan islam. syukur dengan segala kurniaan dan pinjaman-Nya. syukru lillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk bertemu bulan sya'ban yang penuh dengan keberkatan ini. m0ga diberi kesempatan juga untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. insyaALLAH.

bulan rejab adalah bulan yang disukai Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud :-

"Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku" (diriwayatkan oleh Anas Bin Malik r.a)



apa keistimewaan bulan sya'ban ni? antaranya seperti yang disebut didalam hadis diatas,yaitu bulan yang disukai Rasulullah s.a.w. dimana pada bulan ini Baginda lebih banyak berpuasa. sebagaimana yang disebut didalam hadis dibawah.

"A'isyah r.a menyatakan, tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan sya'ban (selain bulan Ramadhan). sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berpuasa penuh selama sebulan." (riwayat Bukhari dan Muslim)

subhanALLAH. mampukah kita mengikut apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w pada bulan sya'ban ini? insyaALLAH kita boleh. mungkin kita xmampu untuk melakukan sepertimana Rasulullah s.a.w laksanakan, tapi, sekurang2nya kita usha dan cuba untuk melaksanakan. mungkin bukan sebulan, mungkin 2minggu? seminggu? seb0lehnya kita cuba berpuasa pada bulan sya'ban ini. moga sunnah mengiringi kehidupan kita dan amalan yang mulia disisi ALLAH ini diterima.

Usman bin Zaid menceritakan,"saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain2 bulan seperti bulan sya'ban."

lalu baginda s.a.w menjawab "itulah bulan sya'ban dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu diantara Rejab dan Ramadhan, ini adalah bulan dimana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian Alam. oleh itu, bagi saya amat suka sekiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa"
(riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

tentunya kita mahu menjadi hamba-Nya yang terpilih bukan? untuk diangkat segala ibadah kita kehadrat-Nya. untuk diampuni segala d0sa dan diterima segala amalan. kerana itu, kita sewajarnya bersungguh2 beribadat kepada-Nya dan perbayakkan amal ibadat dengan khusyuk, tawadhuk, ikhlas dan penuh taQwa kepada-Nya.

A'isyah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w bersabda :-

"Sesungguhnya ALLAH s.w.t turun pada malam pertengahan (nifsu) sya'ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa2 orang yang lebih banyak dari bilangan bulu2 kambing Bani Kalb" (riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)


segala Puji bagi ALLAH, besar nikmat yang diberikan buat hamba-Nya. sungguh, ALLAH Maha Pengampun. buat diri saya,dan kamu. sem0ga kita sama2 merebut peluang dan ganjaran yang diberikan oleh-Nya dengan besungguh2 beribadat kepada-Nya. jom sama2 tambah dan tingkatkan amal dengan***

# perbayakkan puasa sunat.
# perbayakkan Qiamullail.
# perbayakkan zikru'alaALLAH.
# perbayakkan s0lat taubat dan beristighfar.
# perbayakkan  membaca kalamullah.
# perbayakkan selawat.
# jaga hubungan dengan ibubapa, keluarga, sahabat dan semua insan.
# maafkan kesalahan orang lain, dan doakan kebaikan buat mereka.

j0m sama2 perbayakkan amal m0ga kita menjadi hamba-Nya yang bertaQwa. m0ga segala amalan kita diterima dan segla d0sa diampuni ALLAH. allahumma aameen.

#Alhamdulillah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan. secetek ilmu yang saya ada. moga memberi manfaat buat diri saya dan kamu. selamat beramal, sem0ga bulan sya'ban ini menyinari kehidupan saya dan kamu, dalam mencari keredhaan dan keampunan-Nya dengan ber-istiQamah  untuk beribadat kepada-Nya. 

"Wahai Pemilik Hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu dan taat kepada Perintah-Mu"-Aameen.

wallahu'alam.








Sunday, 17 June 2012

*nak jadi pasangan yang baik?*


assalammualaikum..

apa kabar diri dan iman? sem0ga sihat sejahtera dengan iman yang sihat,dengan hati yang bersih, dengan rahmat dan kasih sayang-NYA. aamiin.

alhamdulillah, setenang hati dan bicara, moga kalian juga begitu. bersyukur dengan nikmat dan kurniaan-Nya. insyaALLAH.

bila soal hati dan perasaan. sukar untuk diluahkan dengan kata2.adakalanya terasa malu. malu dengan diri sendiri, malu dengan DIA pemilik segala cinta. malu dengan Rasulullah kerana cinta pada manusia yang sama sepertiku melebihi darinya. malu dengan mereka yang seharusnya merasakan cinta itu. sedangkan cinta itu hanya pada DIA, Rasulullah,ibu bapa,suami,anak-anak,keluarga dan buat mereka yang berhak untuk dicintai.

"jodoh itu rahsia ALLAH". ya. ia rahsia ALLAH. namun kebanyakan antara kita lebih mengetahui siapa jodoh mereka. hairan. saya khuatir jika saya juga begitu. Adakalanya terlalu mengharap dia menjadi suami kita. Begitu juga dengan diri ini,adakalanya saya juga tersalah langkah. Ujian buat hati. Lebih2 lagi bila sudah bertunang,syaitan semakin rancak menjalankan tugas memujuk diri membuat kejahatan.
Mungkin ramai yang berfikir,bila sudah bertunang kita perlu sentiasa berhubung untuk saling mengenali dan sebagainya. Pada mulanya saya juga begitu, pertunangan hampir 5bulan ini benar2 menguji diri. Adakalanya terasa letih melayan hati. Sedangkan belum tentu lagi dia milik kita. Alhamdulillah,ALLAH masih menyayangi kami. Masing2 memilih untuk menjaga,biarlah tika ini terasa sakit menahan rasa, insyaALLAH bahagia menanti. Lebih2 lagi menjaga kerana mencari keberkatan dan redhaNya. namun ia juga belum pasti bahawa dia adalah jodoh saya kerana ia adalah rahsia yang Maha Esa.

bagi mereka yang membuat istikarah sebelum menerima atau melamar, alhamdulillah. moga diteruskan istikarah hingga waktu akad dilafazkan agar diberi petunjuk apa yang terbaik dan dimudahkan segala urusan oleh-Nya.

bagi mereka yang sedang bercinta, yang sedang mencari,yang masih belum mencari petunjukNya (istikarah), cubalah lakukan. sungguh tiada kerugian bagi mereka yang mencari petunjukNya, manakah yang lebih baik buat dirinya. ketahuilah ALLAH itu lebih Mengetahui segalanya. disamping itu, lakukan solat taubat, moga diampuni segala dosa-dosa yang lalu, agar doa dan amalan kita diterima ALLAH.

saya yakin ramai antara kita yang mahukan pasangan yang soleh/solehah, namun bagaimana pula dengan diri kita? adakah kita seorang yang menjaga solat 5 waktu? bagaimana dengan bacaan al-Quran? amalan2 sunat?adakah kita menjaga puasa kita? bagaimana pula hubungan dengan kedua ibubapa? keluarga? dan sesama saudara muslim? baik kah atau sebaliknya? mari bermuhasabah. agar kita menjadi pasangan yang baik dan peroleh pasangan yang baik.

buat saya,dia,kamu dan mereka. andai kita mahukan sesuatu yang baik dalam hidup kita, kita perlu laksanakan kebaikan terlebih dahulu. saya biasa dengar perkataan "what you give, you will get back" jadi, saya yakin dan percaya, andai kita melakukan sesuatu yang baik, berubah kepada yang baik, kita juga kan mendapat kebaikan dan sesuatu yang baik. begitu juga dalam mencari teman hidup, permaisuri, putera idaman dan sebagainya. ALLAH itu Maha Adil..akan diberikan seseorang itu dengan apa yang bersesuaian dengan dirinya. so, tentunya semua mahukan yang terbaik kan? jangan tunggu-tunggu untuk membuat kebaikan. mulakan dengan saat dan tika ini. moga ALLAH kurniakan kepada kita hidayahNya dan kebaikan dunia dan akhirat.aamiin.

kita tak tahu bila masanya malaikat maut mencabut nyawa. kita tak tahu bila tibanya ajal kita. alangkah ruginya jika disaat itu kita tidak sempat bertaubat. tidak sempat untuk melakukan kebaikan. bagaimana? pernahkah kita bayangkan kehidupan kita disana? "nastaghfirullah - ampunkan kami yaALLAH"
m0ga kita tergol0ng dalam gol0ngan orang2 yang beriman. hidup dan mati dalam iman. aamiin.

#saya pasti semua mahukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik, tapi kita hanya se0rang hamba yang dh0if, seringkali melakukan kesilapan,jadi..moh0nlah pada ALLAH moga diberi kekuatan dan ketabahan hati dan dikurniakan segala kebaikan dan dijauhi segala keburukan. Jum sama2 berusaha menjadi yang terbaik meskipun beribu kekurangan dan kelemahan ada pada diri.
#JOM JADI SOLEH/SOLEHAH!! =)
::salam ukhwah::
::moga ikatan yang terjalin kekal & terpelihara hingga akhir dengan keredhaanNya::








::SaLaM_Ta'aRuF::





Assalammualaikum..

Alhamdulillah, dengan izinNYA dapat juga ana siapkan bl0g ini dengan sederhana. =)

Pada mulanya tak tahu nak buat bl0g ni macam mana, ana cuba beberapa kali untuk membuat bl0g tanpa menggunakan akaun pak g0ogle. Tapi tak juga menjadi..akhirnya ana mengalah juga..terpaksa diadakan akaun pak g0ogle ni. Entah kenapa ana fikir susah bila ada banyak akaun.  *malas untuk ingat pasw0d mungkin?* apapun,Alhamdulillah..semuanya hanya mudah dan simple!

Sekadar memulakan bicara, jom kita berta’aruf ----->

impian ana,dia dan kamu..InsyaALLAH


Nama : syaBab Mukmin Wa Hurun ‘Ain

Asal : segumpal tanah  

Usia : rahsia

Status : selamanya milik ALLAH.

Cita2 & impian didunia : pensyaRah/guru  & menjadi hamba-Nya yang bertaQwa, menjadi umat  Rasulullah s.a.w yang terbaik, menjadi anak yang terbaik,menjadi pasangan yang terbaik,menjadi ibubapa yang terbaik buat quratu a’yun kelak. Insyaallah.

Cita2 & Impian sebenar : mencari keberkatan dan keredhaan ALLAH s.w.t  selagi nyawa dikandung badan. Ingin mencintai Rasulullah s.a.w sebagaimana saiyidina Abu Bakar mencintainya. Ingin kembali kepada-NYA dengan jiwa yang tenang dan diredhai-NYA. ALLAHumma Aamiin.

Alhamdulillah, cukup sekadar disini. Insyaallah moga entri2 selepas ini dapat memberi manfaat kepada ana,dia,dan kamu dengan izin dan rahmat-Nya. insyaALLAH.