Saturday, 10 November 2012

::HanyaSe0rangHamBa::

* Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang *

"tidak ada seorang pun yang sempurna dimuka bumi ini, melainkan Dia yg Maha Hebat dan kekasih-Nya Rasulullah s.a.w yg ma'sum"

dan

"tidak ada seorang pun yang didalam hatinya tidak mahu menjadi yg terbaik,walau siapapun dia"

begitulah diri ini. hanya seorang hamba yg khilaf. namun tidak pernah beralaskan alasan itu untuk tidak berubah. impian untuk menjadi yg terbaik sentiasa terpahat dihati. semampu yg boleh berusaha untuk berubah menjadi hamba-Nya yg bertaQwa, sebagai umat Rasulullah yg s0leh/s0lehah,menjadi anak yg s0leh/s0lehah, se0rang abang,kakak dan adik yg baik. dan seterusnya terhadap keluarga, saudara-mara, guru2, para pengajar dan masyarakat. walau siapapun, walaubagaimanapun, semestinya akan ada didalam hati kita untuk menjadi yg terbaik meskipun kita bukan yg terbaik.

namun, kelemahan dan kekurangan yg ada tidak mampu dihalang. adakalanya ia berlaku dalam sekelip mata. meskipun hanya beberapa minit ditegur, kita tetap juga melakukan kesilapan. lumrah manusia sering terlupa dan terleka. tetapi, kesalahan itu adalah pengajaran. asalkan setiap kesalahan itu dijadikan iktibar. biarpun kemungkinan besar kesalahan yang sama tetap berulang, fikir dengan positif kita "Hanya se0rang Hamba" tidak akan ada yang sempurna dan tidak akan terlepas dari berbuat kesalahan.

teruskan berd0a kepada Dia Yang Maha Memelihara. M0ga setiap kesilapan yang berlaku adalah wasilah dari Allah untuk menjadikan diri kita seorang hamba yang lebih baik. insyaALLAH :)
menyesali. menginsafi. bertaubat. Sungguh ALLAH itu Maha Pengampun.

Photo: Kesakitan dan kesedihan itu bukan sekadar PENGHAPUS DOSA..
Tetapi ianya adalah wasilah CINTA..
Antara MAKHLUK dan TUHANNYA..

:) senyum!