alhamdulillah tahun ni adalah tahun ke-5 perkahwinan kita.
alhamdulillah ALLAH hadiahkan kita bintang kecil yang sangat comel dan soleh insyaALLAH. anakanda Muhammad Umar.
tiada ucapan yang lebih baik selain ucapan syukur kepada ALLAH s.w. diatas segala kurniaan nikmat keluarga kecil ni.
bukan mudah kan kita melalui semua ni? dari tahun ke tahun. cuma kita berdua dan ALLAH sahaja yang tahu segala susah senang kita bersama.
menangis, ketawa, bergaduh, semuanya ALLAH tahu. yang pasti setiap kejadian yang berlaku adalah kenangan dan pengajaran buat kita yang kita takkan lupa dan sebagai wasilah untuk kita menjadi pasangan, hamba, anak, ibu bapa yang lebih baik insyaALLAH :)
------------------------------------------
kisah hari ini.
bila saya tak sihat, abang masih setia membantu saya. abang bangun buatkan saya secawan milo panas. saya terbaring, mengharapkan sakit ni hilang serta merta. tapi sakit ni masih ada. dalam hati ni bimbang sebab masih belum siapkan makanan abang, minuman abang. kecewa dengan diri sendiri. :(
saya minta maaf dengan abang sebab saya masih tak larat, saya minta abang masakkan saya bubur. abang terus masakkan saya bubur dan biarkan saya berehat. saya tahu saat ni saya dah susahkan abang terlalu banyak. saya dah banyak minta tolong abang. bukan setakat hari ini, tapi sejak kita berkahwin.
maafkan saya...
saya teringat saat ALLAH menguji kita bersama dengan penyakit saya, saat saya mula tidak mampu melihat dengan baik. tanpa jemu abang masih setia disis saya, menemani saya ke hospital walau adaklaanya abang terpaksa tinggalkan saya sendirian, tapi saya tahu abang risaukan saya. waktu lunch abang, abang akan ambil saya di hospital, belikan saya makanan dan suapkan saya makan. selepas tu, baru abang pergi kerja semula.
terima kasih abang..
dan hari ini, saya masih mengharapkan abang. maafkan saya diatas setiap kekurangan dan kesilapan saya.
terima kasih abang diatas setiap usaha abang untuk menggembirakan saya. setiap usaha abang untuk membantu saya meneruskan kehidupan ini/
sungguh. abang adlah anugerah ALLAH yang tiada ganti dan tiada nilai.
abang sangat berharga.
ye. kadang-kadang kita macam musuh, kadang0kadang kita kawan, kadang-kadang kita macam sweet couple dan kadang-kadang kita boleh jadi macam orang asing.
alhamdulillah semua ni menjadikan lebih matang, lebih mengenali dan lebih menghargai antra satu sama lain.
insyaALLAH. setiap kebaikan abang, semoga ALLAH membalasnya dengan syurga firdausi dan bidadari syurga buat abang.
______________________.
sayang,
hidup kita didunia cumalah seketika.
sabarlah sayang dalam terus menjaga saya.
kuatlah sayang untuk terus berbakti kerana DIA.
satu masa semuanya hanya tinggal memori.
kita mula saling merindui.
kerana itu kita perlu selalu menghargai dan menyayangi.
jangan kita sia-siakan peluang yang ada,'
sama-sama kitan menjaga hati dan jiwa.
agar kita selamanya menjadi hamba yang bertaqwa.
terima kasih sayang diatas segala pengorbanan,
semoga selalu dalam rahmat ALLAH dan dalam keberkatan.
sayang cuma seorang tiada yang lain.
cuma sayang.
i love u more than words.