#biarpun tak best tapi....saya harap niat asal saya berkongsi tu sampai. :D
next >>>> jom kita menjamu.
tiga..~
empat..~ lari setempat..!!
tujuannya semoga orang lain juga rasa "cinta" tu.
cinta yang berpahala.
cinta yang bermanfaat.
cinta yang membawa kita ke syurga.
![]() |
saya sayang semua kerana ALLAH. |
*****
sweet memory.
semalam adalah public holiday bagi negeri Terengganu,(sempena ulangtahun hari pertabalan sultan). tapi saya dan anak-anak "huffaz cilik" ni tak cuti. bukan sebab saya yang tak nak cuti. tapi mereka. "huffaz cilik" di pusat tahfiz nadi albaghdadi ni yang tak nak cuti.
bila saya kata nak cuti mereka serentak bersuara "ustazah....! kami tak nak cuti..." bila saya fikir2kan semula, tak apa lah untuk kali ni saya berkorban ( hee :p sebabnya time cuti adalah masa saya dengan en.suami). anak-anak ni minta kelas diadakan macam biasa. saya masih bayangkan mood cuti. dah lama fikir, saya cadangkan untuk buat kelas di pantai batu buruk kuala terengganu.
alhamdulillah, guru besar pun setuju untuk bawa anak-anak ni ke pantai. harapan kami anak-anak lebih bersemangat untuk mengulang hafazan dan menghafal disamping menikmati keindahan ciptaan ALLAH.
*****
jam 4.30 petang kami semua berkumpul di pusat tahfiz Nadi. selesai solat asar, kami pun bergerak ke pantai batu buruk.
anak-anak tak payah katalah excited mereka. nampak pun terlebih semangat. cuma sayalah yang 50-50 sebab tinggal suami dirumah. bila diajak suami pergi, suami pilih untuk rehat dirumah. tambahan dengan cuaca yang tak menentu, dengan cuaca yang sangat panas membuatkan badan kita jadi letih. so, saya biarkanlah suami sekejap. yang penting dia redha dan restu. #terima kasih en.suami# :)
*****
sepanjang perjalanan anak-anak ni mengulang hafazan secara rawak, (tebuk ayat 1,3,5,7---kemudian terbalikkan nombor) alhamdulillah mereka boleh ingat dengan baik.
suasana dalam kereta memang happening dihiasi dengan suara-suara mereka mengulang surah al-mulk.
*****
tiba di pantai, setiap muka anak-anak ada senyuman. gembira betul mereka. sampaikan saya juga tempias rasa gembira.
alhamdulillah. kami mulakan dengan al-ma'thurat. kami duduk dalam bulatan #halaqah cinta#. bertambah semangat, bertambah kasih kerana ALLAH.
![]() |
ni bulatan cinta kami. :) |
kawasan yang lapang. cuaca redup, berangin. jujur saya kata tenang. (saat ni saya teringat en.suami, bestnya kalau dia ada bersama, dalam halaqah cinta).
![]() |
ni waktu kami berma'thurat. masing-masing serius dengan bacaan masing-masing. |
![]() |
dua orang ni hero kami. muhaimin (kiri) dan darwish. ***** |
selesai misi pertama, kami pun mula agenda kedua...."makan" :D
sebelum tu....kami bergambar dulu~~
![]() |
kek coklat yang dibuat sendiri oleh ibu pelajar siti khadijah. sedappp..rajin betul buat kek "special untuk kami" katanya. |
![]() |
saya fokus nak memotong kek, mereka fokus nak bergambar. comel :) |
![]() |
senyum!!!! ********** |
next >>>> jom kita menjamu.
*********
menu kami pada hari tu tak ditetapkan pun. siapa-siapa yang nak bawa makanan boleh bawa apa sahaja. saya bawa nasi goreng simple je untuk anak-anak makan. + dengan nudget ikan.
kebanyakan mereka bawa kek, ada kek coklat, ada kek marble (ke bukan marble, tak sure) tapi memang sedap. ada juga puding roti. dan ada lah jugak snek2 siket.
alhamdulillah. apa yang ada kami kongsi bersama. semua dapat rasa. bila berkongsi, yang sikit pun jadi banyak. :) kenyang kami.
tak percaya? try lah~~
*********
seterusnya, bermulalah hafazan kami.
tapi....sebelum tu, anak-anak ni kena "warm up" dulu, sebab saya nak mereka berlari/ jalan sambil mengulang hafazan.
here we go >>>>>
satu...~
dua..~tiga..~
empat..~ lari setempat..!!
mula-mula mereka semua ni memang bersemangat sangat. tapi...baru 1 pusingan dah semput. ada yang minta air la, ada yang terduduk terus. hee, saja "ustazah nak buli" :p kesian pulak..tapi seronok!
![]() |
ni pengetua kami. orangnya agak "brutal" sebab tu kami sempoi je. |
******
Alhamdulillah, semput-semput mereka, habis juga mereka mengulang. niat asal bawa mereka kesini, saya nak mereka rasa, apa yang pernah saya rasa dulu. menikmati ciptaan ALLAH sambil membaca kalam ALLAH. memang seronok. dan rasa yang luar biasa.
asalnya mereka malu. lama-lama mereka rasa lebih yakin. biar orang sekeliling memandang.
harapan saya "biar alquran selalu ada walau dimana kita berada," semoga ALLAH selalu redha perjalanan kita semua yang bersama-sama mahu wujudkan suasana "cinta Al-Quran"
******
![]() |
ustazah sayang kalian kerana ALLAH |
ini kisah kami.
anak-anak "huffaz cilik". target kami 30 juzuk. doakan kami agar dihati kami ALLAH izinkan tersimpan kalamullah. Al-Quraanulkariim.
********
eh...tak habis lagi, sebelum balik, mereka sempat juga naik kereta kuda. bertambah seronok lah, walaupun masing-masing dah nampak penat.
saya pun tak lepasan peluang nak pegang kuda. :)
****
alhamdulillah 'alaa kulli haal. semoga ALLAH jaga kita semua.
jaga diri,
jaga iman,
jaga agama.
moga bernafas dengan redha ALLAH.