Monday, 3 November 2014

Duhai Hawa, Jadilah seMAHAL-MAHALnya~

entah dari mana saya nak mula. tapi hati kuat untuk berkongsi apa yang saya nampak, apa yang saya dengar.

kalau dilihat wanita2 sekarang, kebanyakannya mudah memberi cinta. mudah berkongsi kasih sayang. mungkin kerana fitrah wanita yang suka dimanja, diberi perhatian, kasih sayang dan sebagainya. lebih2 lagi sang umpan yang pandai memikat dan menabur janji.

wanita, bila mudah didapati, mudah juga dia dilukai.

betul ke???
tak percaya??? percayalah!

contoh : barang murah dengan barang mahal, mana yang lebih kita hargai? mana yang lebih kita sayang? mestilah yang mahal kan?

begitulah manusia. Simple!

sebab tu kaum Hawa kena jadi mahal.

biar kita lebih berharga.
supaya ada yang menghargai.
supaya ada yang menyanyangi.
supaya ada yang menghormati.
supaya ada yang ikhlas mencintai.

tak percaya? cubalah jadi wanita yang mahal.

mahal bukan mahal hantarannya
bukan yang mahal maharnya.

tetapi mahal maruahnya.
mahal harga dirinya.

insyaALLAH saya yakin tentu Allah akan bagi yang selayaknya.

jum jadi wanita yang mahal!!! moga kita bersama2 ke syurga.