manusia tak tahu menghargai sampai dia kehilangan. lebih2 lagi orang yang dicintai. dari mula untuk mendekati, bukan mudah. pelbagai cara untuk sampai kesebuah ikatan. tapi...bila dah bersatu dah bersama kita buat tak tahu je...
mungkin tak semua, tapi kebanyakannya. sedih bila tengok suami/isteri yang masing2 sibuk dengan gadget masing2. sorang ketimur sorang kebarat. tak rasa macam ada pasangan.
hampir seharian kita bekerja, balik rumah masa untuk kita bersama keluarga dan pasangan. tapi..entah kenapa, kebiasaannya jadi sepi. lebih bersemangat dengan gadget. yang sepatutnya waktu kita memberi perhatian kepada keluarga. tapi kita sebaliknya.
kita kena ubah cara hidup. kena fikir perasaan suami/isteri/keluarga. masa rehat, masa yang kita ada untuk bagi perhatian. sekurang2nya zahirkan rasa sayang. mungkin dengan sentuhan. mungkin juga dengan cara bersembang, bertukar cerita. tentu banyak perkara yang kita dapat. tunjukkan rasa ambil berat. sedikit sebanyak mengeratkan lagi hubungan keluarga.
kan berpahala semuanya? lebih2 lagi menggembirakan 1 sama lain.
kenapa mesti bersendiri?
hakikatnya kita punya dua hati.
perlunya kita berkongsi.
untuk kecapi cinta hakiki.