Sunday, 14 April 2013

IngatanDIRI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah aku ingin cinta.
Cinta-Mu yang kekal abadi.
biarkan aku disakiti.
demi redha-Mu yang aku cari.

Duhai diri,
Dia Sang Pencipta sentiasa ada.
memerhati setiap geri
diri yang selalu terleka.

Duhai diri,
Dia tidak pernah meninggalkanmu,
tetapi diri yang tidak tahu menghargai,
dibiarkan rasa hati diketuai nafsu.

Duhai diri,
Dia selalu ada untuk mendengar,
jangan menangis dikalangan mereka,
tetapi menangislah dihadapan Dia,

Duhai diri,
Ujian ini bukan kerana benci.
tetapi kerana Dia cinta,
dirimu yang Dia rindui.

Duhai diri,
Usahlah mengharap kasih mereka,
hamba-Nya tetap sama,
cuma Dia yang mampu memberi.

Duhai diri,
ingatlah Dia selalu,
hatimu pasti tenang selalu.
kerna cuma Dia,
yang dicintai sepenuh Hati.



#moga disebalik tangisan ini, 
ada bahagia dipenghujungnya. 
jika bukan didunia ini biar disana nanti.
Aku menanti janji Dia yang aku yakini.
biarpun aku terasa sakitnya, 
inilah kafarah dosa2ku.#


Saturday, 6 April 2013

Masanya Aku Berubah :)

Alhamdulillah. nikmat hidup dan iman yang masih diberi Allah. :)

Ya Muqallibal Quluub. Thabbit Quluubanaa ^Alaa Diinik.

weekend yang tenang. pergi kelas pun dengan rasa lapang. :)
sebelum ni xtenang kah? bukanlah macam tu. 
cumanya banyak perkara yang difikirkan. 

Biiznillah mungkin ni masa yang terbaik untuk berubah.
berubah??? berubah apa pulak ni??? :)
berubah dalam banyak perkara, yang terUtamanya ---->

  • pemikiran > be positive 
  • tingkah laku > jadi lebih baik (lebih keperempuanan la kot)
  • perasaan >  :) jadi lebih kuat! (xleh emo byk2 + sabar)

apa lg ek? :) insyaAllah setakat ni tu je yang Utama yang betul2 perlu dijaga. 
supaya nanti, jadi seorang yang CERIA, seorang yang CANTIK DALAMAN dan seorang yang SABAR & KUAT.

caranya bagaimana?

  • kembali kepada Asal (tujuan hidup dan asal usul diri).
  • bersangka baik dengan ALLAH dan semua orang.
  • sentiasa bergantung dan berharap kepada ALLAH.
  • jaga hubungan dengan ALLAH, sampai tahap benar2 CINTA!

boleh ke nak berubah ni? 

insyaAllah boleh..ALLAH bantu bila kita nak berubah untuk jadi lebih baik. 
tapi..kena SABAR, SABAR & SABAR. 
perlu istiqamah. biarpun sikit2 dan perlahan2. :)

kena kuat! kena sabar & Istiqamah!! :) believe urself!!


berubah ni sebab apa? 

insyaALLAH semua ni sebab nak jadi Hamba DIA yang s0leh/solehah. untuk jadi yang lebih baik yang 
berTAQWA hingga saat DIA menjemput kedunia sana.
biar nanti disaat DIA menjemput, hati ini dalam keadaan yang tenang dan beriman.

Allahumma Ameen :)


#sekadarPerkongsian.








Friday, 5 April 2013

#sakit itu nikmat#

jika ditanya kepada sesiapa "mahu tak ada penyakit? mahu tak rasa sakit?"
tentu kebanyakan jawapan adalah TAK MAHU. 
siapa yang tak mahu gembira,sihat tubuh badan dan ceria? Allah..semua ini nikmat!!
semestinya semua mahukan yang indah, mahukan sesuatu yang membahagiakan. :)

tapi..Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik. tak semua orang diberi kesihatan yang berpanjangan. tak semua orang diusia kecilnya sihat. mungkin ada yang mula sakit sejak lahir, mungkin ada yang sakit di pertengahan usia, dan mungkin juga dipenghujung usia. ini tanda Allah tidak sayangkah? bukan. ini kerana Allah sayang. kita hambanya yang istimewa. sakit juga nikmat. kita lebih dekat dengan ALLAH. lebih banyak memikirkan kematian. dan kita juga tahu setiap kesakitan, kesusahan dan kesedihan itu adalah kafarah dosa. terbukti ini adalah nikmat! Allah sayang, tarbiyyah ini buktinya!. 

kita cuma hamba. tak tahu bila waktunya diambil semua nikmat ini (sihat tubuh badan dan sebagainya). segalanya milik Allah. bila2 masa sahaja akan ditarik nikmat2 yang diberikan. bukan kita yang memilih untuk sakit. bukan kita yang pinta untuk sakit. tapi semua ini ada hikmahnya. sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik. Allah bagi apa yang kita mampu. insyaAllah. redha dengan apa yang Allah uji. yakin dengan janji Allah. sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang bersabar. He always be with us!!


be positive!! (especiallyt0myself!!)

#ujian kita mungkin taksama. tapi setiap insan ada ujiannya sendiri. Allah tidak pernah memilih kasih. Allah menyanyangi mereka yang selalu mengingatinya disetiap saat dan ketika.#

#mungkin ada pandangan yang tidak menyenangkan dari mereka. pedulikan! :) kerna kita ada DIA yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa#

#mungkin juga tidak ada insan yang sudi menerima diri yg penuh kekurangan. itu hak mereka. biarkan. kita ada Kekasih Agung. tidak ada istilah jemu dan setia menemani.#

#s0ooo selagi bernyawa moga sentiasa cuba menjadi yang terbaik, berubah kerana ALLAH dan agama. moga perubahan diredhai Allah hingga hujung nyawa# 

Allahumma Ameen. :) (keep smiling even though deep in ur heart u was crying!!)






Tuesday, 2 April 2013

aku Rindu~


aku rindu zaman kanak-kanak
aku rindu untuk ketawa, bermain
tanpa fikirkan masalah.

aku rindu zaman sekolah rendah,
yang aku tahu cuma belajar untuk dapat no 1.
biarpun pakaian comot, aku tak kisah.
yang penting akhir tahun naik pentas amek hadiah.

aku rindu zaman sekolah menengah,
aku xpeduli apa orang kata,
aku belajar untuk masuk universiti,
aku tak kisah cantik atau tak,
gemuk atau kurus.
bukan cinta yang aku cari.

aku rindu zaman menghafaz al-Quran dulu,
aku tenang tak terkata,
rasa bahagia meskipun pelbagai ujian yang tiba.
kerna aku yakin Dia selalu bersama.

aku rindu untuk berbahasa arab,
kata ana anti anta penghubung bicara,
indahnya bercakap bahasa syurga.

aku rindu nak mentarbiyyah diri,
bersama sahabat, berkongsi kisah diri,
tegurannya menyapa hati,
biarpun terasa pahit, 
namun kemanisannya berpanjangan.

aku rindu mendengar tangisan sikecil,
bukan membingit telinga,
tetapi ia menyenangkan,
kerna mereka insan yang tidak berdosa.

aku rindu duduk bersama mereka yang berilmu,
mendengar kata2 mereka yang bermanfaat,
buat aku sipendahaga ilmu.
hati ini diikhlaskan,
mencari ilmu kerana ALLAH.

aku rindu untuk bersama sang murabbi,
ilmunya cukup memberi bekalan,
buat aku merantau didunia ini,
al-Quran dan sunnah disuruh pegang erat,
kerna itu penyuluh hidup yang abadi.

Allah..sungguh aku rindu.
benar kata imam al-Ghazali,
perkara yang paling jauh,
adalah masa lalu.

Allah..aku rindu..
rindu untuk menjaga hati..
biar nanti..
aku pergi menemui kekasih hati,
dengan rindu untuk menemui-Nya terpahat dihati.

The Most I miss
My Creator, Allah
Our Idol, Prophet Muhammad s.a.w

myheart, Mak n Abah
myBestFren ever, mySiblings
myfren&Enemy, all my friends

and for the one that i waiting,
the one who will take care of me,
and love me after his parents.
the one who will be my leader,
as a husband and a father for our
children,
the one who will be with me forever till jannah,
and the one who i love after Allah & Prophet Muhammad.
my husband.
insyaALLAH.

me n myhusband nanti. insyaALLAH.
hehe :) doa menjadi penghubung. moga Allah  redha.
cinta yg halal dan diberkati.
"nk mcm ni------"



p/s : ini bukan pantun.ini sekadar kata hati hamba yang dhoif. huhu