aku rindu zaman kanak-kanak
aku rindu untuk ketawa, bermain
tanpa fikirkan masalah.
aku rindu zaman sekolah rendah,
yang aku tahu cuma belajar untuk dapat no 1.
biarpun pakaian comot, aku tak kisah.
yang penting akhir tahun naik pentas amek hadiah.
aku rindu zaman sekolah menengah,
aku xpeduli apa orang kata,
aku belajar untuk masuk universiti,
aku tak kisah cantik atau tak,
gemuk atau kurus.
bukan cinta yang aku cari.
aku rindu zaman menghafaz al-Quran dulu,
aku tenang tak terkata,
rasa bahagia meskipun pelbagai ujian yang tiba.
kerna aku yakin Dia selalu bersama.
aku rindu untuk berbahasa arab,
kata ana anti anta penghubung bicara,
indahnya bercakap bahasa syurga.
aku rindu nak mentarbiyyah diri,
bersama sahabat, berkongsi kisah diri,
tegurannya menyapa hati,
biarpun terasa pahit,
namun kemanisannya berpanjangan.
aku rindu mendengar tangisan sikecil,
bukan membingit telinga,
tetapi ia menyenangkan,
kerna mereka insan yang tidak berdosa.
aku rindu duduk bersama mereka yang berilmu,
mendengar kata2 mereka yang bermanfaat,
buat aku sipendahaga ilmu.
hati ini diikhlaskan,
mencari ilmu kerana ALLAH.
aku rindu untuk bersama sang murabbi,
ilmunya cukup memberi bekalan,
buat aku merantau didunia ini,
al-Quran dan sunnah disuruh pegang erat,
kerna itu penyuluh hidup yang abadi.
Allah..sungguh aku rindu.
benar kata imam al-Ghazali,
perkara yang paling jauh,
adalah masa lalu.
Allah..aku rindu..
rindu untuk menjaga hati..
biar nanti..
aku pergi menemui kekasih hati,
dengan rindu untuk menemui-Nya terpahat dihati.
The Most I miss
My Creator, Allah
Our Idol, Prophet Muhammad s.a.w
myheart, Mak n Abah
myBestFren ever, mySiblings
myfren&Enemy, all my friends
and for the one that i waiting,
the one who will take care of me,
and love me after his parents.
the one who will be my leader,
as a husband and a father for our
children,
the one who will be with me forever till jannah,
and the one who i love after Allah & Prophet Muhammad.
my husband.
insyaALLAH.
 |
me n myhusband nanti. insyaALLAH.
hehe :) doa menjadi penghubung. moga Allah redha.
cinta yg halal dan diberkati.
"nk mcm ni------" |
p/s : ini bukan pantun.ini sekadar kata hati hamba yang dhoif. huhu