:::OurSt0ry as KhaliFah:::
Moga BernaFaS DenGaN RedHa Allah .:Walaa-Hawla-Walaa-Quwwata-IllaaBillaahil'aliyyil'azdiim:.
Tuesday, 23 January 2018
"Abang" cuma seorang
Sunday, 21 January 2018
Menangislah untuk tenang seketika.
Dalam hidup kita, boleh dikatakan hari2 kita diuji kan?
ujian melalui perkara yang menyedihkan, perkara yang menggembirakan kecewa dan sebagainya.
dan fitrah manusia, mudah berkeluh kesah, mudah melatah dan sebagainya.
salah ke semua ni? tak. serius tak salah. kita bukan manusia yang sempurna. kalau rasa nak menangis, menangislah. its normal.
menangislah kalau itu mampu melegakan. kalau itu mampu menenangkan seketika.
ia bukan bermakna kalah dalan ujian atau apa. ia adalah FITRAH. tapi selepas tu, kembali semula kepada Allah. macam mana?
bila diuji, kan Allah kata, mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT. 😍
so. pujuk hati, Allah yang memberi segala rasa emosi, dan kepada Allah jua kita kembalikan segala rasa.
insyaAllah semuanya akan baik2 sahaja. have faith!
sayang kerana Allah ❤️❤️❤️
Friday, 19 January 2018
Tiada yang sempurna.
sejak akhir-akhir ni banyak betul soalan tentang rumahtangga, soalan tentang keluarga mertua, soalan tentang kehidupan selepas kahwin dan yang berkaitan.
apa yang boleh saya share adalah berdasarkan pengalaman dan kefahaman saya. :D
alhamdulillah hampir melepasi 1 fasa hidup sebagai seorang isteri dan alhamdulillah dihadiahkan anak soleh dah berusia 2 tahun 2bulan. so nak bagitahu kat sini bukanlah banyak sangat pengalaman yang ada. sekadar bertahun yang dah berlalu. insyaAllah "sis cuba".
rata-rata soalan yang diajukan, saya boleh buat satu kesimpulan atau saya boleh jawab sekaligus bagi semua pertanyaan.
ok. ready? :D
soalan :
1) macam mana kehidupan selepas kahwin?
2) family mertua ok x?
ok ni obviously yang bertanya adalah wanita. heee
pengalaman saya lepas kahwin awalnya tak banyak berubah. kehidupan masih sama, cuma tidur dah berteman, solat berjemaah, makan bersama, dah ada teman sembang dan yang utama dan paling ketara adalah nak keluar kena minta izin. ofkos la kena taat dengan suami. kene bagitahu kemana nak pergi dengan siapa dan lain2. mungkin sesetengah partner tak buat macam ni. tapi saya buat.
mungkin ni nampak simple. tapi sebenarnya ni antara isu yang wanita terbatas selepas kahwin. sebab tak semua yang suami akan izin atas sebab-sebab tertentu dan lain2. ni la antara yang dikatakan perkara yang wanita kena ingag "taat suami".
kalau masa single you selalu minta izin dengan parents kemana nak pergi, insyaAllah mudah je lalui proses yang ni. 😊
ni peringkat awal2 perkahwinan. berbeza pula bila dah ada anak dan sebagainya. isu perbelanjaan, isu tanggungjawab dan sebagainya. yang terbaik adalah banyakkan membaca, banyakkan sembang dengan orang yang banyak pengalaman dalam hal rumahtangga dan dont expect too much pada pasangan. tapi, banyakkan pergantungan kepada Allah.
ok. part mertua. nanti sambung.
insyaAllah. moga bermanfaat.
jadilah orang yang tenang & selalu bersyukur. ❤️
Saturday, 9 September 2017
Cerita lama
Assalammualaikum.
SubhanAllah. Dah lama betul tak buka blog dan merepek dalam ni. Haha.
Cakap pasal "Merepek" sebenarnya bila saya baca semula entri yang lepas, rasa macam "yaAllah apa yang aku tulis ni? Kebudak2an sungguh". Malu sendiri lepas tu.
Harini, tiba-tiba pula rasa menulis. Tapi bukanlah nak kata lepas ni menulis dengan lebih baik, atau lebih matang. Tapi, mungkin lepas ni lebih kepada apa yang saya nak sampaikan tu bermanfaat dan boleh memberi kebaikan kepada pembaca.
Dulu, niat nak jadi penulis. Sebab rasa nak kongsi kisah hidup yang penuh dengan cabaran since childhood. Aniatnya nak bagi semangat keoada orang lain yang nungkin hadapi nasib yang sama. Tapi, selalu rasa takut nak menulis. Last sekali cerita yang merepek ditulis.
Apa yang ada dalam blog ni adalah kenangan saya satu masa dulu. Bila baca semula, masih terasa segar kenangan yang tercipta. Walaupun " yaAllah malu sungguh". Haha.
Haa. Nak tahu tak apa sebab saya jadi nak menulis semula? Sebab hati saya tertarik dengan penulisan ustaz mohd. Aizat salleh yang bertajuk "JUVANA".
Dalam penulisan dia, menggambarkan keadaan pelajar&pelajar yang berada didalam tenpat tersebut. Kesimpulannya, apa yang terkesan di hati saya ialah jangan kita menghukum atau menilai seseorang secara kasarnya. Kerana kita tidak tahu apa penyebab dan keadaan yang menjadikan mereka sebegitu.
Saya yakin tidak ada siapa yang mahu menjadi jahat, tidak ada siapa yang mahu hidup tanpa hala tuju. Tapi ada manusia yang diuji sedemikian.
Selepas membaca buku " Juvana" apa yang saya nak sanpaikan, ubah persepsi, bersangka baik, cuba membantu bukan menghukum. Dunia di akhir zaman ini penuh dengan ujian yang sangat hebat. Sama-sama mendoakan kebaikan antara kita semua.
Anak-anak juvana, adalah saudara kita. Moga mereka didalam jagaan Allah dan diberi hidayah sentiasa.
HurunAin
:)
Wednesday, 11 March 2015
sabarlah sayang.
sedang saya berbual dengan nena (pelajar NADI), fatin datang memberitahu "ustazah, tu adik kita mak nombor dua"
saya menoleh, melihat siayah mendukung seorang bayi (mungkin 7-8 bulan). terbayang wajah ibu mereka.
saya pandang wajah fatin dan adik beradiknya yang lain. timbul rasa sedih. entah kenapa. mungkin juga kerana saya melalui perkara yang sama. ayah saya juga poligami. sekali lagi terkenang wajah ibu, terkenang wajah emak di rumah.
Allahu. selagi kita tidak berada ditempat yang sama, kita tidak akan faham dan tidak akan rasa apa yang mereka rasa. Alhamdulillah, saya sangat mengerti perasaan seorang anak bagi ayah yang berpoligami.
bukan membenci, bukan salah apa yang siayah buat, sebab poligami tu tak salah. tetapi perasaan. perasaan anak yang semakin membesar, sebab mereka bukan selamanya anak-anak kecil. mereka berfikir, mereka memerhati,melihat siibu menangis, melihat suasana yang mungkin berbeza selepas poligami, disaat mereka memerlukan perhatian dan sebagainya.
lama saya memandang wajah fatin dan faqihah, mereka seolah2 minta untuk saya cakap sesuatu.
"sabar ye, jaga ibu baik-baik dengar cakap ibu, jaga kakak dan adik-adik". mereka sekadar senyum dan mengangguk.
pada saya, usia 10 tahun dan 12 tahun ini, masih ada perkara yang mereka belum faham. bukan macam, farzana, kakak sulong mereka. yang mungkin sumber kekuatan pada ibunya dan adik-adiknya.
semalam, bila farzana menghulurkan tangan dan bersalam dengan saya, saya pegang erat tangan dia dan saya kata "farzana kena kuat, sebab farzana adalah kekuatan pada ibu, kekuatan pada adik-adik".
airmata yang mengalir menyentuh hati saya, seakan ada sesuatu yang tersembunyi untuk sekian lama. baru berusia 14 tahun. tapi ada kekuatan dalam diri dia yang saya nampak. dia seorang anak, kakak dan pelajar yang baik. selalu senyum bila berhadapan dengan guru, berlemah lembut dalam berbicara. saya sangat sayang dia.
saya tak tahu apa sebenarnya yang terbuku dihati farzana dan saya juga tak tahu bagaimana keadaan dan suasana keluarga dia. saya berharap ALLAH jaga anak-anak ni. ALLAH jaga ibu mereka.
sememangnya yang berat melalui adalah ibu. menanggung perasaan, pada masa yang sama harus melawan emosi, harus kuatkan diri demi mendidik anak-anak.
AllahuRabbi. teringat mak dirumah. saya tabik dan hormati mereka yang terima poligami. bukan mudah untuk terima dan melaluinya. hanya insan yang dipilh Allah sahaja dapat menghadapinya.
duhai anak, bersabarlah sayang. ini ujian kehidupan. Allah selalu ada, jangan bersedih. jangan mengalah. teruskan kehidupan dengan bersangka baik kepada ALLAH, positif dan syukur. nanti diakhirat, janji Allah disyurga, tiada duka. percayalah!
p/s : poligami tak salah. poligami adalah sunnah. tetapi, fahamilah dulu tanggunjawab dan kukuhkan asbab untuk poligami. wallahu'alam.
saya sayang mak dan abah saya sangat2 :)
Sunday, 8 March 2015
dirimu tercipta untukku
****
****
****
abang tercipta untuk aisyah.
salam kerinduan.
9/3/15
kuala terengganu - bangi.
Wednesday, 4 March 2015
cerita cinta "kita"
![]() |
saya sayang semua kerana ALLAH. |
![]() |
ni bulatan cinta kami. :) |
![]() |
ni waktu kami berma'thurat. masing-masing serius dengan bacaan masing-masing. |
![]() |
dua orang ni hero kami. muhaimin (kiri) dan darwish. ***** |
![]() |
kek coklat yang dibuat sendiri oleh ibu pelajar siti khadijah. sedappp..rajin betul buat kek "special untuk kami" katanya. |
![]() |
saya fokus nak memotong kek, mereka fokus nak bergambar. comel :) |
![]() |
senyum!!!! ********** |
next >>>> jom kita menjamu.
tiga..~
empat..~ lari setempat..!!
![]() |
ni pengetua kami. orangnya agak "brutal" sebab tu kami sempoi je. |
![]() |
ustazah sayang kalian kerana ALLAH |