Tuesday, 23 January 2018

"Abang" cuma seorang

alhamdulillah tahun ni adalah tahun ke-5 perkahwinan kita.
alhamdulillah ALLAH hadiahkan kita bintang kecil yang sangat comel dan soleh insyaALLAH. anakanda Muhammad Umar.

tiada ucapan yang lebih baik selain ucapan syukur kepada ALLAH s.w. diatas segala kurniaan nikmat keluarga kecil ni.

bukan mudah kan kita melalui semua ni? dari tahun ke tahun. cuma kita berdua dan ALLAH sahaja yang tahu segala susah senang kita bersama.

menangis, ketawa, bergaduh, semuanya ALLAH tahu. yang pasti setiap kejadian yang berlaku adalah kenangan dan pengajaran buat kita yang kita takkan lupa dan sebagai wasilah untuk kita menjadi pasangan, hamba, anak, ibu bapa yang lebih baik insyaALLAH :)

------------------------------------------

kisah hari ini.

bila saya tak sihat, abang masih setia membantu saya. abang bangun buatkan saya secawan milo panas. saya terbaring, mengharapkan sakit ni hilang serta merta. tapi sakit ni masih ada. dalam hati ni bimbang sebab masih belum siapkan makanan abang, minuman abang. kecewa dengan diri sendiri. :(

saya minta maaf dengan abang sebab saya masih tak larat, saya minta abang masakkan saya bubur. abang terus masakkan saya bubur dan biarkan saya berehat. saya tahu saat ni saya dah susahkan abang terlalu banyak. saya dah banyak minta tolong abang. bukan setakat hari ini, tapi sejak kita berkahwin.

maafkan saya...

saya teringat saat ALLAH menguji kita bersama dengan penyakit saya, saat saya mula tidak mampu melihat dengan baik. tanpa jemu abang masih setia disis saya, menemani saya ke hospital walau adaklaanya abang terpaksa tinggalkan saya sendirian, tapi saya tahu abang risaukan saya. waktu lunch abang, abang akan ambil saya di hospital, belikan saya makanan dan suapkan saya makan. selepas tu, baru abang pergi kerja semula. 

terima kasih abang..

dan hari ini, saya masih mengharapkan abang. maafkan saya diatas setiap kekurangan dan kesilapan saya.

terima kasih abang diatas setiap usaha abang untuk menggembirakan saya. setiap usaha abang untuk membantu saya meneruskan kehidupan ini/

sungguh. abang adlah anugerah ALLAH yang tiada ganti dan tiada nilai.
abang sangat berharga.

ye. kadang-kadang kita macam musuh, kadang0kadang kita kawan, kadang-kadang kita macam sweet couple dan kadang-kadang kita boleh jadi macam orang asing. 

alhamdulillah semua ni menjadikan lebih matang, lebih mengenali dan lebih menghargai antra satu sama lain.

insyaALLAH. setiap kebaikan abang, semoga ALLAH membalasnya dengan syurga firdausi dan bidadari syurga buat abang.

______________________.


sayang,

hidup kita didunia cumalah seketika.
sabarlah sayang dalam terus menjaga saya.
kuatlah sayang untuk terus berbakti kerana DIA.

satu masa semuanya hanya tinggal memori.
kita mula saling merindui.
kerana itu kita perlu selalu menghargai dan menyayangi.

jangan kita sia-siakan peluang yang ada,'
sama-sama kitan menjaga hati dan jiwa.
agar kita selamanya menjadi hamba yang bertaqwa.

terima kasih sayang diatas segala pengorbanan,
semoga selalu dalam rahmat ALLAH dan dalam keberkatan.
sayang cuma seorang tiada yang lain.

cuma sayang.
i love u more than words.




Sunday, 21 January 2018

Menangislah untuk tenang seketika.

Dalam hidup kita,  boleh dikatakan hari2 kita diuji kan?

ujian melalui perkara yang menyedihkan,  perkara yang menggembirakan  kecewa dan sebagainya.

dan fitrah manusia,  mudah berkeluh kesah,  mudah melatah dan sebagainya.

salah ke semua ni? tak.  serius tak salah.  kita bukan manusia yang sempurna. kalau rasa nak menangis,  menangislah.  its normal.

menangislah kalau itu mampu melegakan.  kalau itu mampu menenangkan seketika.

ia bukan bermakna kalah dalan ujian atau apa.  ia adalah FITRAH. tapi selepas tu,  kembali semula kepada Allah.  macam mana?

bila diuji,  kan Allah kata,  mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT. 😍

so.  pujuk hati,  Allah yang memberi segala rasa emosi,  dan kepada Allah jua kita kembalikan segala rasa.

insyaAllah  semuanya akan baik2 sahaja.  have faith! 

sayang kerana Allah ❤️❤️❤️

Friday, 19 January 2018

Tiada yang sempurna.

sejak akhir-akhir ni banyak betul soalan tentang rumahtangga, soalan tentang keluarga mertua, soalan tentang kehidupan selepas kahwin dan yang berkaitan.

apa yang boleh saya share adalah berdasarkan pengalaman dan kefahaman saya. :D

alhamdulillah hampir melepasi 1 fasa hidup sebagai seorang isteri dan alhamdulillah dihadiahkan anak soleh dah berusia 2 tahun 2bulan. so nak bagitahu kat sini bukanlah banyak sangat pengalaman yang ada. sekadar bertahun yang dah berlalu. insyaAllah "sis cuba".

rata-rata soalan yang diajukan,  saya boleh buat satu kesimpulan atau saya boleh jawab sekaligus bagi semua pertanyaan.

ok. ready?  :D

soalan :
1) macam mana kehidupan selepas kahwin?
2) family mertua ok x?

ok ni obviously yang bertanya adalah wanita. heee

pengalaman saya lepas kahwin awalnya tak banyak berubah.  kehidupan masih sama,  cuma tidur dah berteman,  solat berjemaah,  makan bersama,  dah ada teman sembang dan yang utama dan paling ketara adalah nak keluar kena minta izin.  ofkos la kena taat dengan suami.  kene bagitahu kemana nak pergi  dengan siapa dan lain2.  mungkin sesetengah partner tak buat macam ni.  tapi saya buat.

mungkin ni nampak simple.  tapi sebenarnya ni antara isu yang wanita terbatas selepas kahwin. sebab tak semua yang suami akan izin atas sebab-sebab tertentu dan lain2.  ni la antara yang dikatakan perkara yang wanita kena ingag "taat suami". 

kalau masa single you selalu minta izin dengan parents kemana nak pergi,  insyaAllah mudah je lalui proses yang ni. 😊

ni peringkat awal2 perkahwinan. berbeza pula bila dah ada anak dan sebagainya.  isu perbelanjaan,  isu tanggungjawab dan sebagainya.  yang terbaik adalah banyakkan membaca,  banyakkan sembang dengan orang yang banyak pengalaman dalam hal rumahtangga dan dont expect too much pada pasangan.  tapi,  banyakkan pergantungan kepada Allah. 

ok.  part mertua.  nanti sambung.
insyaAllah. moga bermanfaat.

jadilah orang yang tenang &  selalu bersyukur.  ❤️