Moga BernaFaS DenGaN RedHa Allah .:Walaa-Hawla-Walaa-Quwwata-IllaaBillaahil'aliyyil'azdiim:.
Tuesday, 23 January 2018
"Abang" cuma seorang
Sunday, 21 January 2018
Menangislah untuk tenang seketika.
Dalam hidup kita, boleh dikatakan hari2 kita diuji kan?
ujian melalui perkara yang menyedihkan, perkara yang menggembirakan kecewa dan sebagainya.
dan fitrah manusia, mudah berkeluh kesah, mudah melatah dan sebagainya.
salah ke semua ni? tak. serius tak salah. kita bukan manusia yang sempurna. kalau rasa nak menangis, menangislah. its normal.
menangislah kalau itu mampu melegakan. kalau itu mampu menenangkan seketika.
ia bukan bermakna kalah dalan ujian atau apa. ia adalah FITRAH. tapi selepas tu, kembali semula kepada Allah. macam mana?
bila diuji, kan Allah kata, mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT. 😍
so. pujuk hati, Allah yang memberi segala rasa emosi, dan kepada Allah jua kita kembalikan segala rasa.
insyaAllah semuanya akan baik2 sahaja. have faith!
sayang kerana Allah ❤️❤️❤️
Friday, 19 January 2018
Tiada yang sempurna.
sejak akhir-akhir ni banyak betul soalan tentang rumahtangga, soalan tentang keluarga mertua, soalan tentang kehidupan selepas kahwin dan yang berkaitan.
apa yang boleh saya share adalah berdasarkan pengalaman dan kefahaman saya. :D
alhamdulillah hampir melepasi 1 fasa hidup sebagai seorang isteri dan alhamdulillah dihadiahkan anak soleh dah berusia 2 tahun 2bulan. so nak bagitahu kat sini bukanlah banyak sangat pengalaman yang ada. sekadar bertahun yang dah berlalu. insyaAllah "sis cuba".
rata-rata soalan yang diajukan, saya boleh buat satu kesimpulan atau saya boleh jawab sekaligus bagi semua pertanyaan.
ok. ready? :D
soalan :
1) macam mana kehidupan selepas kahwin?
2) family mertua ok x?
ok ni obviously yang bertanya adalah wanita. heee
pengalaman saya lepas kahwin awalnya tak banyak berubah. kehidupan masih sama, cuma tidur dah berteman, solat berjemaah, makan bersama, dah ada teman sembang dan yang utama dan paling ketara adalah nak keluar kena minta izin. ofkos la kena taat dengan suami. kene bagitahu kemana nak pergi dengan siapa dan lain2. mungkin sesetengah partner tak buat macam ni. tapi saya buat.
mungkin ni nampak simple. tapi sebenarnya ni antara isu yang wanita terbatas selepas kahwin. sebab tak semua yang suami akan izin atas sebab-sebab tertentu dan lain2. ni la antara yang dikatakan perkara yang wanita kena ingag "taat suami".
kalau masa single you selalu minta izin dengan parents kemana nak pergi, insyaAllah mudah je lalui proses yang ni. 😊
ni peringkat awal2 perkahwinan. berbeza pula bila dah ada anak dan sebagainya. isu perbelanjaan, isu tanggungjawab dan sebagainya. yang terbaik adalah banyakkan membaca, banyakkan sembang dengan orang yang banyak pengalaman dalam hal rumahtangga dan dont expect too much pada pasangan. tapi, banyakkan pergantungan kepada Allah.
ok. part mertua. nanti sambung.
insyaAllah. moga bermanfaat.
jadilah orang yang tenang & selalu bersyukur. ❤️