Wednesday, 11 March 2015

sabarlah sayang.


sedang saya berbual dengan nena (pelajar NADI), fatin datang memberitahu "ustazah, tu adik kita mak nombor dua"

saya menoleh, melihat siayah mendukung seorang bayi (mungkin 7-8 bulan). terbayang wajah ibu mereka.

saya pandang wajah fatin dan adik beradiknya yang lain. timbul rasa sedih. entah kenapa. mungkin juga kerana saya melalui perkara yang sama. ayah saya juga poligami. sekali lagi terkenang wajah ibu, terkenang wajah emak di rumah.

Allahu. selagi kita tidak berada ditempat yang sama, kita tidak akan faham dan tidak akan rasa apa yang mereka rasa. Alhamdulillah, saya sangat mengerti perasaan seorang anak bagi ayah yang berpoligami.

bukan membenci, bukan salah apa yang siayah buat, sebab poligami tu tak salah. tetapi perasaan. perasaan anak yang semakin membesar, sebab mereka bukan selamanya anak-anak kecil. mereka berfikir, mereka memerhati,melihat siibu menangis, melihat suasana yang mungkin berbeza selepas poligami, disaat mereka memerlukan perhatian dan sebagainya.

lama saya memandang wajah fatin dan faqihah, mereka seolah2 minta untuk saya cakap sesuatu.

"sabar ye, jaga ibu baik-baik dengar cakap ibu, jaga kakak dan adik-adik". mereka sekadar senyum dan mengangguk.

pada saya, usia 10 tahun dan 12 tahun ini, masih ada perkara yang mereka belum faham. bukan macam, farzana, kakak sulong mereka. yang mungkin sumber kekuatan pada ibunya dan adik-adiknya.

semalam, bila farzana menghulurkan tangan dan bersalam dengan saya, saya pegang erat tangan dia dan saya kata "farzana kena kuat, sebab farzana adalah kekuatan pada ibu, kekuatan pada adik-adik".

airmata yang mengalir menyentuh hati saya, seakan ada sesuatu yang tersembunyi untuk sekian lama. baru berusia 14 tahun. tapi ada kekuatan dalam diri dia yang saya nampak. dia seorang anak, kakak dan pelajar yang baik. selalu senyum bila berhadapan dengan guru, berlemah lembut dalam berbicara. saya sangat sayang dia.

saya tak tahu apa sebenarnya yang terbuku dihati farzana dan saya juga tak tahu bagaimana keadaan dan suasana keluarga dia. saya berharap ALLAH jaga anak-anak ni. ALLAH jaga ibu mereka.

sememangnya yang berat melalui adalah ibu. menanggung perasaan, pada masa yang sama harus melawan emosi, harus kuatkan diri demi mendidik anak-anak.

AllahuRabbi. teringat mak dirumah. saya tabik dan hormati mereka yang terima poligami. bukan mudah untuk terima dan melaluinya. hanya insan yang dipilh Allah sahaja dapat menghadapinya.

duhai anak, bersabarlah sayang. ini ujian kehidupan. Allah selalu ada, jangan bersedih. jangan mengalah. teruskan kehidupan dengan bersangka baik kepada ALLAH, positif dan syukur. nanti diakhirat, janji Allah disyurga, tiada duka. percayalah!

p/s : poligami tak salah. poligami adalah sunnah. tetapi, fahamilah dulu tanggunjawab dan kukuhkan asbab untuk poligami. wallahu'alam.

saya sayang mak dan abah saya sangat2 :)





Sunday, 8 March 2015

dirimu tercipta untukku


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

kini menjangkau usia perkahwinan saya dan en zauj 3bulan.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. tidak ada perkara lain selain rasa syukur atas nikmat dan hadiah dari ALLAH ni.

****

tak pernah saya sangka siapa jodoh saya,
tak pernah saya minta siapa jadi jodoh saya,
tak pernah saya meletakkan syarat siapa jodoh saya,
tak pernah saya kira bila akan bertemu jodoh saya,

cuma saya selalu berdoa ALLAH temukan saya dengan seseorang yang mampu menjaga saya, mendidik saya, menerima seadanya saya dan membawa saya menuju redha ALLAH.


****

saya dan en jauz bukan niat berkahwin atas dasar saling mengenali, tetapi atas doa dan istikarah kami.

awalnya,

kami tidak pernah bertemu, hanya menggunakan seorang kakak yang menjadi orang tengah (orang yang saya percaya dengan akhlaknya)

kami langsung tidak mengenali antara satu sama lain. hanya sekilas pandangan yang menjadi bayangan. tetapi tidak pernah pula menjadi gangguan hinggakan terganggu ibadah.

dalam masa yang sekejap, bila niat jelas, (mahu berkahwin), bertemu pula kedua ibu bapa, tanpa bicara mereka (kedua ibubapa) seakan memahami, pertemuan ini bukan sekadar pertemuan "kosong" tetapi ada maknanya, 

ketika ini saya dan en jauz masih belajar, kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke hari pernikahan. saya kira belum masa ALLAH izinkan. (bersangka baik dengan perancangan ALLAH)

****

bukan senang nak jaga hati. serius saya cakap susah. ada saja yang datang menganggu hati, menguji keimanan.

kalau sebelum ni tak ada pula dengar cerita tentang dia, tak ada pula saya bertembung dengan dia dimana-mana, tapi bila dah kenal, ada saja cerita dia dengan orang ni lah, dengan orang tu lah, kami bertembung lah, dan macam-macam lagi.

saat ni kekuatan saya adalah doa. betul-betul minta ALLAH jaga. minta ALLAH permudahkan urusan. 

dan saya minta sangat "jika dia yang terbaik, permudahkanlah. jika sebaliknya, jauhkanlah"

alhamdulillah, saya rasa tenang, saya cuba untuk buang segala perkara yang menggangu hati. 

tapi....adakalanya saya kalah juga, saya rasa give up. mahu lepaskan semua. tak mahu lagi fikirkan soal hati. saya rasa hanya membuang masa.

****



Alhamdulillah, hampir 2 tahun menunggu dalam doa dan istikarah, akhirnya ALLAH satukan kami. 

saya tak mengharap dia jodoh, saya cuma minta dengan ALLAH berikan saya yang terbaik, terbaik untuk agama saya, untuk diri saya, keluarga saya dan kehidupan saya dunia dan akhirat.

alhamdulillah, perancangan ALLAH itu jauh lebih baik, kita merancang, tetapi ALLAH juga merancang dan DIAlah sebaik2 perancang dan penentu bagi sesuatu.


****


buat suamiku tersayang,

terima kasih abang untuk terima hadiah dari ALLAH ini.
terima kasih abang untuk sebuah harapan dalam mencapai redha ALLAH.
terima kasih abang untuk sebuah pengorbanan yang tidak pernah jemu untuk mengenali saya kerana ALLAH.

terima kasih untuk sebuah cinta.
terima kasih untuk sebuah baitul jannah.
terima kasih untuk sebuah keikhlasan dan kesetiaan.

sungguh, amat saya hargai. 
amat saya syukur dengan anugerah ALLAH ini.

terima kasih abang.




****
dalam kehidupan,
tidak sekali terlepas dari ujian,
bukti ALLAH menguji keimanan.

terang lagi nyata disebut didalam al-quran,
dunia ini hanya permainan,
dunia ini hanya pinjaman.

persiapkanlah dengan bekalan,
segalanya akan ALLAH persoalkan,
apakah yang kita lakukan demi akhirat yang berkekalan?



****

abang tercipta untuk aisyah.

ALLAH yang hadirkan rasa cinta.
ALLAH yang hadiahkan kita berdua.
ALLAH yang berikan kita segala.

walau dari mulanya kita tak punya apa-apa,
perlahan-lahan ALLAH hadirkan rasa, 
dan lengkapkan baitul muslim kita.

:) terima kasih Ya Wadud. 
:) terima kasih en zauj.




****

jika dulu, 
Allah yang utama,
Rasulullah yang kedua,
Mak dan Abah yang ketiga,

tapi kini,
Allah yang pertama,
Rasulullah yang kedua,
suami yang ketiga.

semoga ALLAH redha.
semoga ALLAH jaga.
sama-sama kita kesyurga.

salam kerinduan.
9/3/15
kuala terengganu - bangi.












Wednesday, 4 March 2015

cerita cinta "kita"

saya suka cerita cinta. dan kalau diberi peluang saya nak share dengan semua orang kisah cinta saya sepanjang kehidupan.

#biarpun tak best tapi....saya harap niat asal saya berkongsi tu sampai. :D

tujuannya semoga orang lain juga rasa "cinta" tu. 

cinta yang berpahala. 
cinta yang bermanfaat.
cinta yang membawa kita ke syurga.

saya sayang semua kerana ALLAH.

*****

sweet memory.

semalam adalah public holiday bagi negeri Terengganu,(sempena ulangtahun hari pertabalan sultan). tapi saya dan anak-anak "huffaz cilik" ni tak cuti. bukan sebab saya yang tak nak cuti. tapi mereka. "huffaz cilik" di pusat tahfiz nadi albaghdadi ni yang tak nak cuti.

bila saya kata nak cuti mereka serentak bersuara "ustazah....! kami tak nak cuti..." bila saya fikir2kan semula, tak apa lah untuk kali ni saya berkorban ( hee :p sebabnya time cuti adalah masa saya dengan en.suami). anak-anak ni minta kelas diadakan macam biasa. saya masih bayangkan mood cuti. dah lama fikir, saya cadangkan untuk buat kelas di pantai batu buruk kuala terengganu. 

alhamdulillah, guru besar pun setuju untuk bawa anak-anak ni ke pantai. harapan kami anak-anak lebih bersemangat untuk mengulang hafazan dan menghafal disamping menikmati keindahan ciptaan ALLAH.

*****

jam 4.30 petang kami semua berkumpul di pusat tahfiz Nadi. selesai solat asar, kami pun bergerak ke pantai batu buruk.

anak-anak tak payah katalah excited mereka. nampak pun terlebih semangat. cuma sayalah yang 50-50 sebab tinggal suami dirumah. bila diajak suami pergi, suami pilih untuk rehat dirumah. tambahan dengan cuaca yang tak menentu, dengan cuaca yang sangat panas membuatkan badan kita jadi letih. so, saya biarkanlah suami sekejap. yang penting dia redha dan restu. #terima kasih en.suami# :)

*****

sepanjang perjalanan anak-anak ni mengulang hafazan secara rawak, (tebuk ayat 1,3,5,7---kemudian terbalikkan nombor) alhamdulillah mereka boleh ingat dengan baik. 

suasana dalam kereta memang happening dihiasi dengan suara-suara mereka mengulang surah al-mulk.

*****

tiba di pantai, setiap muka anak-anak ada senyuman. gembira betul mereka. sampaikan saya juga tempias rasa gembira.

alhamdulillah. kami mulakan dengan al-ma'thurat. kami duduk dalam bulatan #halaqah cinta#. bertambah semangat, bertambah kasih kerana ALLAH.

ni bulatan cinta kami. :)

kawasan yang lapang. cuaca redup, berangin. jujur saya kata tenang. (saat ni saya teringat en.suami, bestnya kalau dia ada bersama, dalam halaqah cinta).


ni waktu kami berma'thurat. masing-masing serius dengan bacaan masing-masing.

dua orang ni hero kami. muhaimin (kiri) dan darwish.

*****


selesai misi pertama, kami pun mula agenda kedua...."makan" :D 

sebelum tu....kami bergambar dulu~~

kek coklat yang dibuat sendiri oleh ibu pelajar siti khadijah. sedappp..rajin betul buat kek "special untuk kami" katanya.

saya fokus nak memotong kek, mereka fokus nak bergambar. comel :)

senyum!!!!

**********

next >>>> jom kita menjamu.







*********

menu kami pada hari tu tak ditetapkan pun. siapa-siapa yang nak bawa makanan boleh bawa apa sahaja. saya bawa nasi goreng simple je untuk anak-anak makan. + dengan nudget ikan. 

kebanyakan mereka bawa kek, ada kek coklat, ada kek marble (ke bukan marble, tak sure) tapi memang sedap. ada juga puding roti. dan ada lah jugak snek2 siket.

alhamdulillah. apa yang ada kami kongsi bersama. semua dapat rasa. bila berkongsi, yang sikit pun jadi banyak. :) kenyang kami. 

tak percaya? try lah~~ 

*********

seterusnya, bermulalah hafazan kami. 

tapi....sebelum tu, anak-anak ni kena "warm up" dulu, sebab saya nak mereka berlari/ jalan sambil mengulang hafazan.

here we go >>>>>

satu...~
 dua..~
 tiga..~

empat..~ lari setempat..!!



mula-mula mereka semua ni memang bersemangat sangat. tapi...baru 1 pusingan dah semput. ada yang minta air la, ada yang terduduk terus. hee, saja "ustazah nak buli" :p kesian pulak..tapi seronok! 






ni pengetua kami. orangnya agak "brutal" sebab tu kami sempoi je.


******

Alhamdulillah, semput-semput mereka, habis juga mereka mengulang. niat asal bawa mereka kesini, saya nak mereka rasa, apa yang pernah saya rasa dulu. menikmati ciptaan ALLAH sambil membaca kalam ALLAH. memang seronok. dan rasa yang luar biasa.

asalnya mereka malu. lama-lama mereka rasa lebih yakin. biar orang sekeliling memandang. 

harapan saya "biar alquran selalu ada walau dimana kita berada," semoga ALLAH selalu redha perjalanan kita semua yang bersama-sama mahu wujudkan suasana "cinta Al-Quran"

******

ustazah sayang kalian kerana ALLAH



ini kisah kami. 

anak-anak "huffaz cilik". target kami 30 juzuk. doakan kami agar dihati kami ALLAH izinkan tersimpan kalamullah. Al-Quraanulkariim.

********

eh...tak habis lagi, sebelum balik, mereka sempat juga naik kereta kuda.  bertambah seronok lah, walaupun masing-masing dah nampak penat.






saya pun tak lepasan peluang nak pegang kuda. :)

****


alhamdulillah 'alaa kulli haal. semoga ALLAH jaga kita semua. 

jaga diri,
jaga iman,
jaga agama.

moga bernafas dengan redha ALLAH.








Monday, 2 March 2015

Ahli syurga.

Alhamdulillah hampir 6 bulan saya kerja di Albaghdadi playtime Centre.

penuh dengan kisah yang mencuit hati, ada juga yang melukakan hati :p

hukum kehidupan, ada gembira ada sedih. nama pun "kehidupan" kan?

tapi..selama kita sedar kita hamba, insyaALLAH rasa syukur mendahului yang lain.

***********

hari2 saya jumpa anak-anak diAPC. merekalah ahli syurga.

banyak sangat ragamnya. ada yang moody ada yang suka senyum, ada yang aktif sangat, ada yang pasif, ada yang banyak cakap, ada juga yang tak tahu nak cakap.

senang cerita semua ragam ada. memang happening lah.

kita yang ada masalah ni kadang-kadang boleh hilang masalah sekejap sebab adanya ahli syurga ni. mana taknya, ada je apa yang mereka buat, apa yang mereka kata mencuit hati.

mereka bersih. mereka suci dari dosa. bila cium mereka, bila peluk mereka saya rasa tenang. kalau tengah emosi sekalipun, saya akan rasa ok semula. hebatnya mereka, ahli syurga ni.

*************

saya yakin ada hikmahnya tiap sesuatu yang ALLAH bagi.

bila ALLAH letakkan saya disini, saya syukur. walaupun sejujurnya saya rasa sangat penat.

kerja bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. bermain dengan karenah anak-anak disini. pada masa yang sama mengurus hal pejabat dan berurusan dengan ibu bapa.

tapi, hikmahnya ALLAH mengajar saya melalui ahli syurga ni erti tanggungjawab, erti sabar, erti syukur.

Alhamdulillah, perlahan-lahan saya perbaiki langkah untuk kembali kelandasan yang betul.

InsyaALLAH. moga ALLAH redha.

**************

SAYANGI ANAK-ANAK KECIL, MEREKA AHLI SYURGA.

saya sayang anak-anak APC! LOVE xoxo.






Wednesday, 28 January 2015

Rindu

kalau ikutkan RINDU yang sebenarnya, banyak sangat perkara yang aku rindukan.

dalam kesibukan sekarang, masa untuk diri sendiri pun tak cukup, apatah lagi masa untuk suami, rumahtangga, dan lain2.

aku Rindu.

rindu nak life yang macam dulu. lebih tenang mungkin.

kalau sekarang, kadang-kadang aku terfikir,
"apa yang aku dapat dengan semua ni?" emmm

sejujurnya aku penat.

aku Rindu.

nak duduk dengan family, lepak2 dengan diorang semua.

serius memang tak sama duduk dinegeri sendiri dengan negeri orang.

bila suami outstation, aku rasa "sorang" sangat. huh. penuh dengan emosi.

aku Rindu.

masa yang dah berlalu.

masa yang tak mungkin kembali. Allah~~

blog ni pun aku rindu.

walaupun kadang-kadang dia hidup dan kadang-kadang dia mati.

==doakan aku dapat baby== :)
sekurang2nya boleh teman aku bila sorang2 kat sini.