29 oktober..berakhir sudah saya menjadi guru ganti al-Quran di Education Quranic Centre.
Alhamdulillah terasa nikmat yang ALLAH pinjamkan pada saya. Meskipun hanya sebulan disana.
Syukur dapat mengenali anak-anak yang berjiwa bersih.
bersama mereka, saya tenang.
biarpun penat,
biarpun ada duka,
tetap juga saya semangat bila ada mereka bersama.
kerana sayang..
teguran dan kata nasihat tidak pernah lupa
dengan harapan dan doa mereka berjaya...
moga-moga merekalah generasi AlQuran.
impian dihati terlalu besar
mahu melihat mereka berdiri dengan cemerlang
mahu mereka selalu berada dijalan yang benar
jalan yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan.
duhai sayang-sayang hati ustazah.
ustazah sayang kalian.
moga kita berjumpa lagi
jika bukan dialam realiti,
moga kita bertemu disetiap lafaz doa.
saaayang anak2 ustazah ("___")
terima kasih untuk sebuah ukhwah~
terima kasih ya ALLAH atas sebuah cinta.
bertemu dan berpisah kita kerana ALLAH.