AssaLammuaLaiKuM :)
"Tidak ada anugerah lain yang lebih baik selain per0leh sifat SABAR"
-Hadis riwayat Bukh0ri dan Muslim-
Alhamdulillah. minggu yang penuh dengan airmata. yang penuh dengan tekanan dan em0si. :) UJIAN tidak memilih siapa dan tidak mengira waktu. tetapi apa yang ALLAH berikan itu bersesuaian dengan kemampuan kita. insyaALLAH. sekadar berk0ngsi apa yang dirasa.
syukur. sem ni saya lebih bersemangat dari sem2 sebelum ni. walaupun beberapa kali berulang keh0spital,saya cuba berusha untuk pergi kekelas, cuba melawan segala rasa letih dan sakit. Alhamdulillah, dengan izin Dia saya mampu menghadapi semua mid-term dengan baik, biarpun dalam keadaan 50-50 bersedia. ada juga yang saya g0reng je bila tak tahu nak jawap apa. saya cuba semampu yang b0leh. kadang2 ada rasa lemah semangat dan putus asa. tapi ALLAH yang Maha Penyayang menghadirkan insan2 yang baik, yang setia memberi semangat untuk saya terus tidak terus mengalah. yang terutama mak abah saya, famili saya, tunang saya dan sahabat.
selesai midterm. minggu esaimen dan prizentati0n pulak bertamu. masing2 mula bizi dengan kerja dan hal masing2. same macam saya. tapi apa yang kita harapkan tak semudah apa yang kita bayangkan. grup esaimen saya buat esaimen tanpa inf0rm saya. tup2 dah hantar. AllahuRabbi. menangis jugak lah. kecewa dengan sikap mereka. andai saya terus menyepi tanpa update apa2, saya terima dengan hati terbuka mereka buat tanpa bagitahu saya. sebaliknya, berulang kali saya mesej grupmate bertanya tentang tajuk dan sebagainya. jawapannya sepi. saya fikir, mungkin mereka belum buat lagi. saya masih positif. saya mesej orang yang sama. bertanya hal yang sama. jawapan yang sama. tak ada yang reply. kees0kannya saya kol salah seorang grupmate, tapi operat0r je yang jawab. saya cuba k0l berulang kali. tapi perkara yang sama berulang. saya fikir untuk kol semula kees0kannya.
Alhamdulillah, saya k0l kali ni tuan number yang jawab, saya tanya "akak, bila kena submit esaimen ni? mana tajuk yang saya minta dengan akak?" then dia bagitahu tajuk dan bagitahu es0k kena hantar. saya pun kata 0k. rasa semangat nak buat, sebelum tu saya kol lag seorang grupmate, saya tanya dia nak saya hantar esaimen pukul berapa? dia kata," maaf, saya dah hantar tadi, tapi saya tak letak nama awak" yaALLAH...T_T saya rasa nak nanges2 terus masa tu. tapi sabar lagi. tak suka tiba2 terus marah. saya tanya dia kenapa but macam tu? dia jawab, salah se0rang grupmate ada kol saya berulang kali tapi tak dapat. aik??? sedangkan saya yang meseg dan kol dia yang tak jawab. ok. saya tak nak fikir panjang. sedih. tapi cuba untuk senyum. cuba untuk tenang. saya fikir apa yang berlaku ALLAH izinkan.
malam tu saya cuba bertahan. cuba untuk positif sehabis yang boleh. tapi saya kalah jugak. macam2 saya fikir, apa salah saya dengan diorang? apa sebab diorang buat mcam ni?.sedih. kecewa. ALLAH. saya lemah sangat2 malam tu. saya mesej mak. macam2 saya ngadu dengan kata kiasan. walaupun mak tak faham apa yang jadi, mak mesej memberi semangat dan nasihat. sahabat saya dan en.khatib pun memberi semangat dan cuba memberi penyelesaian. Alhamdulillah, saya tenang, terpujuk dengan kata "Allah menguji dengan apa yang kita mampu, dalam ujian Allah mentarbiyyah diri. nak menjadikan kita hamba yang lebih baik". malam tu saya tidur dengan rasa syukur dan tenang. moga ALLAH memberi kekuatan dan permudahkan segala urusan saya.
Alhamdulillah, sekarang saya dapat esaimen baru. syukur sangat bila Dr.Maziah bagi peluang. biarpun grupmate saya buat2 cerita, bagitahu lecturer yang saya cuba menjauhkan diri dan langsung takde follow up. alhamdulillah. saya yakin Allah lebih Mengetahui. Dia Maha Adil. ada hikmah apa yang berlaku, Allah mengajar saya untuk baik dengan semua orang, kelak jangan pernah menganiaya orang, ikhlaskan hati biarpun rasa sakit. yakin yang Allah akan membantu. Dia sebaik2 Pen0l0ng. so, kalian, andai ada grupmate kalian yang mungkin ada masalah atau sakit, cubalah bantu. jangan fikir diri kita sahaja. satu tanggungjawab bagi kita sama2 saling membantu. tak rugi pun tol0ng orang. Allah akan tol0ng kita pula. mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita. InsyaALLAH.
#MUHASABAH::peringatan buat diri saya! terima ujian dengan sabar, mungkin ia sebagai kafarah d0sa dan sebagai wasilah tanda ALLAH sayang, tarbiyyah dari Dia,Sang Penciptaku#
"ujian. hadirnya tanpa diminta. Dia yang memberi. mengajar erti Sabar. mendidik diri untuk Tabah.
aku hanya se0rang hamba. berusha selagi mampu. meskipun aku tetap tersungkur. aku yakin Dia tidak akan tinggalkan aku sendiri kerna aku pasti Dia sentiasa ada, sentiasa melihat dan mendengar, Dialah Pencipta Agungku"