Saturday, 9 September 2017

Cerita lama

Assalammualaikum.

SubhanAllah. Dah lama betul tak buka blog dan merepek dalam ni. Haha.

Cakap pasal "Merepek" sebenarnya bila saya baca semula entri yang lepas, rasa macam "yaAllah apa yang aku tulis ni? Kebudak2an sungguh". Malu sendiri lepas tu.

Harini, tiba-tiba pula rasa menulis. Tapi bukanlah nak kata lepas ni menulis dengan lebih baik, atau lebih matang. Tapi, mungkin lepas ni lebih kepada apa yang saya nak sampaikan tu bermanfaat dan boleh memberi kebaikan kepada pembaca.

Dulu, niat nak jadi penulis. Sebab rasa nak kongsi kisah hidup yang penuh dengan cabaran since childhood. Aniatnya nak bagi semangat keoada orang lain yang nungkin hadapi nasib yang sama. Tapi, selalu rasa takut nak menulis. Last sekali cerita yang merepek ditulis.

Apa yang ada dalam blog ni adalah kenangan saya satu masa dulu. Bila baca semula, masih terasa segar kenangan yang tercipta. Walaupun " yaAllah malu sungguh". Haha.

Haa. Nak tahu tak apa sebab saya jadi nak menulis semula? Sebab hati saya tertarik dengan penulisan ustaz mohd. Aizat salleh yang bertajuk "JUVANA".

Dalam penulisan dia, menggambarkan keadaan pelajar&pelajar yang berada didalam tenpat tersebut. Kesimpulannya, apa yang terkesan di hati saya ialah jangan kita menghukum atau menilai seseorang secara kasarnya. Kerana kita tidak tahu  apa penyebab dan keadaan yang menjadikan mereka sebegitu.

Saya yakin tidak ada siapa yang mahu menjadi jahat, tidak ada siapa yang mahu hidup tanpa hala tuju. Tapi ada manusia yang diuji sedemikian.

Selepas membaca buku " Juvana" apa yang saya nak sanpaikan, ubah persepsi, bersangka baik, cuba membantu bukan menghukum. Dunia di akhir zaman ini penuh dengan ujian yang sangat hebat. Sama-sama mendoakan kebaikan antara kita semua.

Anak-anak juvana, adalah saudara kita. Moga mereka didalam jagaan Allah dan diberi hidayah sentiasa.

HurunAin
:)