Thursday, 10 January 2013

untuk:KaMu:


Assalammualaikum =)

Untuk kamu,

* terima kasih kuucapkan 
diatas keikhlasanmu menerima diri ini.
yang sudi menegur dan tidak jemu menasihati,
agar aku berubah menjadi hamba-Nya yang terbaik.
kerna diri aku
yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
yang sering terlupa dan melakukan kesilapan.
yang penuh dengan pelbagai karenah.

*maafkan aku,
tidak mampu menjadi khatibah yang baik,
namun ku berharap setelah aku halal buatmu,
aku ingin menjadi bidadarimu,
menjadi penenang hati dan penyejuk matamu.
menjadi sahabatmu dikala suka dan duka.
hingga akhir hayatku. 

* terima kasih diatas kesabaranmu untuk mengenaliku.
dengan izin-Nya kau tetap denganku,
biarpun ada perkara yang tidak kau gemari,
kau tetap sabar menerimaku, dan menasihati.
dikala aku menahan rasa sakit,
dikala aku rasa terluka dan kecewa.
Allah hadirkan dirimu untukku.
kerna DIA tahu aku tak mampu.

* maafkan aku,
bila aku mula terlupa,
hakikat cinta hanya untuk ALLAH.
buatmu,
hakikat cinta itu pada ALLAH dan Rasulullah,
cinta pada kedua orang tuamu, 
dan cinta kepada saudaramu.

* terima kasih mengingatkan aku.
dengan izin-Nya aku belajar,
segala ujian yang dilalui bukan sesuatu yang sia2,
tetapi penuh dengan pengajaran.
kau dan aku adalah hamba.
Dia segala pemilik sesuatu.

* harapanku, moga dirimu kelak,
menjadi imam buat isterimu dan anak2mu,
menjadi pemimpin yang beriman dan soleh
buat isteri dan anak2mu.
menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuamu,
agar nanti,
ia menjadi contoh buat permata2 hati kecilmu.

* khatibi, aku tak sempurna.
aku hamba-Nya yang hina.
aku datang dari-Nya
kelak aku akan kembali pada-Nya
ajarilah aku,
agar aku menjadi hamba-Nya yang solehah.
agar didunia ini kau menjadi temanku,
memimpin tanganku menggapai redha ALLAH.

* khatibi, andai kau bukan jodohku,
aku redha.
moga ALLAH kurniakanmu seorang wanita yang solehah.
yang jauh lebih baik dariku.
keadaan diriku bukan seperti selalu.
aku semakin lemah dimamah kesakitan.
aku syukur,
cukup aku mengenalimu kerana DIA.
mungkin kau adalah wasilah dari-Nya untuk aku jadi hamba-Nya yang bertaQwa.

* terima kasih ya ALLAH.
terima kasih awak.
moga ALLAH redha.
moga ALLAH berkati.
moga ALLAH permudahkan.
kuserahkan segalanya kepada Dia.
Sang Pencipta.


=) moga bernafas dengan redha-Nya.










..SetaHuN..

.:. Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .:.

Alhamdulillah..


11hari lagi genap setahun khitbah kami. 
terlalu sekejap masa berlalu. terasa singkat melalui masa setahun.

Allah mengizinkan aku untuk mengenalinya. Mujahidku.
bakal suamiku, bakal imamku, 
bakal pemimpinku didunia dan peneman diakhirat kelak. (Allahumma Ameen)

Alhamdulillah..

khitbah ini, banyak mengajarku.
erti sabar,
erti kuat dan tabah,
erti syukur,
erti percaya,
erti menghargai dan menerima.
erti berubah menjadi seseorang yang lebih baik,
dalam menghadapi baitul Muslim kelak.

Alhamdulillah..

kekurangan dan kelebihan,
diterima kerana ALLAH,
diterima kerana Agama.
kerana-Nya khitbah ini masih kekal,
hingga tiba masanya Ijab dan Kabul dilafazkan.

Alhamdulillah..

perjalanan khitbah ini,
ada suka dan duka,
ada pahit dan manisnya,
hadirnya dugaan dan ujian,
menguatkan iman, memupuk kesabaran.

Alhamdulillah..

aku bersyukur,
dia adalah anugerah ALLAH.
khitbah ini jua dari-Nya.
yang perlu aku jaga dan pelihara dengan iman.

_________________________________________

moga khitbah ini diakhiri dengan lafaz pernikahan.
moga khitbah ini dipelihara ALLAH hingga tiba masanya,
dengan redha dan berkat-Nya. (Allahumma Ameen)
___________________________________________


Wednesday, 9 January 2013

AKU.

bismillahhirrahmaanirrahiim.

Hampir sebulan setengah blog ini sepi tanpa coretan. bukan kerana kesibukan yang memanjang, tetapi kerana tidak tahu bagaimana untuk dicoretkan kata hati.

cepat saja masa berlalu. tidak terasa 2013 yang bertamu.

AllahuRabbi, terlalu banyak masa yang telah aku sia2kan. 
tidak ada apa yang aku lakukan sepanjang 22 tahun aku hidup dimuka bumi ini sebagai hamba-ALLAH.

teruk bukan? =(

bagaimana nanti jika tiba masa ajalku?

sedang aku masih tiada apa2. aku miskin. miskin dengan bekalan untuk kehidupan aku disana nanti.

bagaimana nanti kehidupanku disana tanpa bekalan?

tentunya bukan syurga tempat bagiku. sedang syurga itu tempat bagi mereka yang bertaQwa, yang mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. 

tapi aku?

aku hamba yang berdosa. aku sering melakukan dosa dan maksiat. 
sedang aku tahu ia adalah larangan-Nya.

al-Quran tidakku jaga, sunnah tidakku amal. 
nafsuku membujuk diri, kejahatan dipandang baik.
syaitan menjadi ikutan, prinsip agama aku tinggalkan.

Allah...

masih adakah peluang untukku bertaubat?

masih adakah peluang untukku bernafas dengan redha-Mu?

masih adakah peluang untukku mengumpul bekalan untuk kehidupan disana nanti?

Allah..Allah..Allah..

aku si pelaku dosa yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Mu.

aku hamba-Mu yang hina, yang ingin mencari redha-Mu selagi bernafas.

aku si khalifah yang dhoif yang memerlukan-Mu dalam setiap gerak geriku, dalam setiap pekerjaanku.

Allah..Aku hamba-Mu. pada-Mu jua sebaik2 tempat kembali. berikan aku Hidayah-Mu agar aku kembali mencari nur Islam yang sebenar. agar aku berpegang teguh dengan jalan-Mu. agar Al-Quran dan Sunnah menjadi peganganku dan penyuluh kehidupanku disini dan disana.

Allah..pimpinlah aku. peganglah aku. agar aku tidak tersasar dari persimpangan jalan-Mu. agar aku tetap berada dijalan yang Engkau redhai..


bertaubatlah sebelum nafas terhenti.
Allah itu Maha Mengetahui.yakinlah.!
Dia Maha Pengampun segala dosa dan sebaik2 Pengampun.
AllahuRabbi. moga dipelihara hati dan diri ini dari segala maksiat dan segala kejahatan.

*hamba yang hina*